Thursday, December 23, 2010

LOLWUT??

Dear ehem2.

The stupidest thing to do in this world is to lie a great liar.

I can see through you.

Wednesday, December 22, 2010

"Kau dah lemah doh"

Aku dah tido doh

Tapi aku lapar doh

Tido lagi penting tapi aku pilih makan doh.

Aku ada dibagi pilihan doh nak tido ke nak makan doh tapi aku pilih makan doh.



****OMMM NOM NOM NOM ATAS KATIL********



BURP.........!

Alhamdulillah.

***********************************

Pilihan aku lagi payah doh.

Serius doh compared dengan mamat ni doh.




Saturday, December 18, 2010

Walaupun aku rasa aku dah buat



Aku tetap nak buat jugak.

Ye lah. Dari kiri kanan depan belakang orang tag aku suruh buat, aku buat je la. Member member. Apa ada hal?

Di pendekkan cerita, Liyana a.k.a Flower, Shaza and Nadia MDG dah bagi aku award ni.






Celah mana aku beautiful, aku pun tak tau. Kecantikan dalaman, mungkin? Hik hik~

Apa apa pun, terima kasih coz bagi aku award nih.

Tapi for some reasons, aku kena bagi pulak award ni kat orang lain. Cis. Piala pusingan rupanya.

Maka, aku dah decide nak bagi award ni kat orang-orang berikut.


1) Adil ridhuan bin Mohd Fauzi.

Ye, aku bagi kau, beech. Walaupun aku dah lost count berapa kali kau cuba cemarkan minda suci aku dengan dakyah-dakyah dajjal kau, aku nampak sifat keperibadian member sejati kat kau. Blog dia pun awesome jugak. Penuh dengan kata-kata cerca nesta kepada penyokong kelab bola selain Manchester United dan ayat ayat berlagak bila Manchester United dah menang. Oleh sebab tu, walaupun aku tak tengok bola, tapi aku suka point out kat dia bila aku tau MU kalah. haha.


2) Abdul Aziz Arsyad.

Serius aku respek kat mamat ni. Mula mula masuk pre degree TESL grammar tunggang langgang. Keluar pre degree TESL dah macam native speaker dia ni. Tak percaya tengok blog dia. Berapa kerat je orang kita bole susun ayat kompleks macam dia. Sebab tu lah masa mula mula aku tulis blog ni, aziz selalu jadi walking-talking-dictionary-and-grammar-checker aku.

Now dia dah ada blog sendiri. Ntah sapa la yang racun dia ni. Blogging is contagious ke?


3) Azieyati Mat Nazri

Dialah antara orang pertama yang racun aku buat blog kat blogspot ni. Kes nye, time tu kelas PELT, and mdm Izyani lambat sampai. Apa lagi, aku pegi kat komputer kelas, bukak frenster, pastu bukak blog kat frenster aku.

"Oh safwan, you write blogs?"

"Yeah. Ni. Slip of tongue."

Aku tak tau la aku tengok ni betul ke tidak, tapi aku tengok dia buat muka pelik. macam pelik orang tulis blog dekat frenster. haha. Sejak dari tu, aku buat blog ni dekat blogspot. haha.

Seriously, blog Azie pun awesome jugak. Dia punya style of writing sangat casual, senang untuk orang berminda kapasiti rendah macam aku ni nak faham point dia. Blog dia pun ada jugak unsur unsur keagamaan, so orang yang selalu lupa Tuhan macam aku ni kadang kadang macam kena tempeleng kejap jadi ingat Tuhan. Keep it up Azie. Asalkan jangan tempeleng betul betul sudah.

4) Shaza farah md Sharif

Pernah kena bahan dengan dia tak? Kalau tak pernah, jangan buat dia tensen. Kadang kadang tak perlu banyak pun dia perlu buat untuk menyentap hati kau. Pernah skali aku buat lawak bodoh, dia tenung dengan satu ekspresi muka je aku dah diam, sambil menyedari kebodohan lawak aku sendiri. Dem woman. Dengan sapa ko belajar buat benda benda macam ni? Aku nak berguru jugak dengan dia.

Ironinya, blog dia short and sweet, tak macam tuan dia. Pandai doh kau Hu Du Men. Kesian pembaca kau tertipu dengan keperibadian kau. hahaha.

5)Fitri (Sorry bro aku tak tau nama betul lu. huhu)

Dia panggil aku Bear, aku panggil dia Fit. Memang fit pun badan dia. Dia tumbuk kau sekali kau boleh mati sepuluh kali siot! Jangan main main.

Aku harus admit, aku ni silent reader dia. jarang dia update, tapi once dia update memang best kaw kaw ho liao macam mee udang pulau pinang. Blog dia ni macam tuan dia. Jiwa artistik, sempoi dan penuh dengan nilai nilai murni yang selari dengan gagasan satu Malaysia. Ye la. Member2 Cina banyak, kena pulak Fitri ni suka makan kat kedai mamak. Tak 1Malaysia gitu?


Itu lah orang orang yang aku dah share piala pusingan ni. Jadi jangan lupa plak turn korang untuk pusing kan piala ni sampai pening dekat orang lain.

Tapi menurut penge-tag aku, mereka semua sependapat yang aku kena bagitau 7 perkara tentang diri aku.

Jadi mari kita kaji 7 perkara tentang aku.


1) Aku cepat percaya kat orang

Nak je aku cerita kat korang kes aku kena tipu dengan so called lecturer. But I think I'll save it.


2) Aku takde Teddy bear.

Walaupun aku dipanggil Brother Bear/Papa Bear oleh certain member member aku, aku takde teddy bear. Everytime birthday aku, aku secretly wish "Please please la tahun ni aku dapat teddy bear."

Namun apakan daya. Takde rezeki. :(

Teddy! bila nak bagi Teddy Bear dekat Bear? hehehehe :)

3) Aku suka makan pengat pisang.

Serius. Aku rasa pencipta pengat pisang layak dapat Nobel Prize kategori Keamanan. Tak tau kenapa kalo aku makan pengat pisang je, jiwa aku tenang. Sebab tu kalau aku jiwa kacau aku pegi seksyen 16 petang2 sket makan pengat pisang kat restoran hijau depan RHB bank tu. Kena pulak dengan teh o panas time time musim hujan ni... PERGH! Rasa macam kena ngorat oleh Lisa Surihani!

Yang spoil nya kadang2 je ada pengat pisang kat situ. Demmit.


4) Aku rindu nak kerja balik kat Burger King KLCC.

Manager baik gila. Awek2 kaunter makanan ruji hot hot. Mat bangla kelakar nak mampus. Akak2 OKU bisu yang lagi banyak cakap dari org bole cakap. Aku rindu korang.

Customer2 situ je aku tak rindu. Apa kau fikir kau shopping beg LV, skaf Hermes, Jam Rolex kat KLCC melayakkan kau jadi bitch/bastard? Please. Kau tak tau aku boleh jadi sund macam mana.

5) Aku risau nasib ex student2 aku

Lagi lagi yang kelas bawah bawah tu. Habis sekolah, terus kerja sampai malam. Bila masa nak buat homework? Datang sekolah cikgu marah2, cakap diorang takde harapan. Nak buat macam mana? Mana cukup gaji mak kerja cleaner je.

Yang kelas atas sikit ok la sikit. Problem pakwe makwe. Tapi kenapa korang tanya SIR????? Sir pun takde awek kot!

6) Aku rindu nak merepek dengan Nik Nurul Ain dengan Anas

Special mention korang ni! Apa lagi, open table la kat Mubarak weh! hahaha

Rindu doh nak merepek2 dengan Nurul ngan cikgu Rizal. Korang la penyeri time aku tengah down kat skolah tu. Tengkiu jugak kat Anas sebab provide movie best2 time kelas aku dah abis. Hahaha.

7) Aku dah nak tutup blog ni

Nanti lagi 3 -4 entry aku tutup la kot. Panjang cerita dia. Nanti aku tulis.


Maka itulah serba sedikit tentang aku. Nak tau lagi banyak, ajak la aku keluar mabuk2 teh tarik kat mamak mana2. huhuhu

Monday, December 13, 2010

Jangan Percaya Aku.

Orang kata, lelaki ni jangan percaya sangat.

Kalau lelaki cakap apa apa, reversekan meaning dia kalau nak selamat.

Aku kata, orang kata tu betul.

Apa aku cakap jangan amek face value.

Jadi bila aku cakap:

  1. Aku benci gila kat kau.
  2. Aku tak rindu langsung.
  3. Kau forgettable.
  4. Kau sangat common. Ada sejuta orang muka dan perangai macam kau.
  5. Kau ada ganti. Tak kisah lah kalau aku hilang kau. Aku tak mati.
  6. aku boleh hidup takde kau

Jangan percaya aku. Aku tipu je.



Wednesday, December 8, 2010

Perkara2 aku seriusli tegah kau buat kalau aku tengah drive


Kalau kau tanya benda apa yang aku paling suka, tanpa segan silu aku akan cakap drive. Tak kesah lah kereta apa, model apa, make apa, kalau benda tu ada stereng, 4 tayar dan ada enjin, mesti aku nak try drive.

Serius aku enjoy gila drive. Rasa macam segala problem2 tu tertinggal kat belakang sambil sedut asap aku. lagi best bila drive malam sabtu sambil bukak FlyFM sebab ada slot Fly Five 0 Triple Play. Kat slot ni ada lagu2 clubbing genre apa je DJ tu rasa nak main. elektro, trance mostly. house jarang gila. Sambil bawak kete, dengar lagu2 lalai camtu, member2 join satu kaki, fuhh..... layan...

Tapi segala kelazatan ni boleh hilang sekelip mata kalau ada passenger2 aku buat salah satu benda kat bawah ni.


1) Tak pakai seatbelt.


Walaupun aku enjoy driving, aku harus admit aku bukanlah driver yang bagus. Dah 2 kali aku accident. First langgar pedestrian. nasib dia tak mati je. Second aku langgar kereta kat depan. aku dah tak ingat impak dia laju mana tapi aku rasa 60- 70 km sejam. Cukup untuk buat aku terbang keluar kereta.

Tapi aku tak terbang sebab aku pakai seatbelt. Satu minggu bahu aku sengal sebab whiplash seatbelt. Oklah, daripada mati baik lah sengal bahu je.

Sebab itu, aku akan make it a point kepada semua passenger2 aku supaya pakai seatbelt. Mak bapak aku pun sama. Dah berapa kali mak aku kena bahan daripada aku sebab taknak pakai seatbelt time naik dengan aku. oleh itu, pakai la seatbelt. Lama lama nanti hilang la rasa janggal tu.


2)Buang sampah dalam kereta.


"Dah tu nak buang kat mana, sundal? kat jalan?"

Kau beli jajan tu mesti orang kedai bagi plastik kan?

Masukkan dalam plastik, kumpulkan sampah2 semua orang skali, ikat plastik, pastu buang. kan setel? Kalau malas sangat at least kau kumpul sampah2 kau satu tempat, tu pun dah cukup bagus.

Aku pun bukan la jenis pengemas sangat. Walaupun aku tak kemas, tapi aku tak suka kotor. ada beza kat situ.


3) Sentuh aku.


Sentuhan minimal boleh la aku consider. Kereta yang aku drive sekarang ni position gear 1 dia sangat dekat dengan peha passenger sebelah. Jadi aku harap kau boleh faham. Bukan ganguan seksual ni. Tak sengaja..

Tapi sentuhan yang aku tak boleh blah ialah bahu. Lagi lagi kalau kau perempuan. Biar la lapik ke tak, aku sangat geli. Kang tak pasal pasal aku terpulas stereng pegi tempat lain sapa nak jawab kalau eksiden?




4) Tunjuk aku benda benda perlu aku tenung.


Seriusli aku tegah kau cakap ayat ayat macam kat bawah.



"Yo, Bear! Tengok this chick text apa kat aku!"


"HUUUUIIIIIIHHHHHHH! Ferrari Enzo plat TAH 1! Baca dari jauh jadi macam Tahi! haha! Cuba kau tengok bear! Bodoh gila orang tu! LOL!"


"What the helllll??? Tengok situ! PEDOBEAR DOH!"


Run for your lives, lolis!


Aku tahu benda2 tu amazing.

Aku nak sangat tengok benda2 macam tu. Lagi lagi pedobear tu.

Tapi memandangkan aku kena fokus terhadap pemanduan aku, aku nasihatkan jangan la tunjuk benda2 tu kat aku. Aku ni pun satu. Senang kena distract. Buatnya aku tengah tenung benda kau tunjuk tu, sedar2 kita dah arwah macam mana?

Banyak kali dow eksiden berlaku sebab passenger tunjuk benda2 kat driver. Aku sure korang pun banyak dengar cerita orang eksiden camni. Iklan pun ada. So pesanan di sini, tunjuk benda alah tu time turun. seAwesome mana pun benda tu, aku yakin ia lebih awesome once dah turun kereta sebab bole tenung lagi lama.




Ni lah perkara perkara yang aku tak berapa nak gemar time drive. Korang pun mesti ada kan? Share la.


Monday, December 6, 2010

Some people....


.... deserves this.



And that's the bottom line coz Stone Cold said so!

Friday, December 3, 2010

Self confidence tu penting, ya anak anak.

Kenyang makan malam, penat merayau rayau, aku dan Jeng balik ke rumah.



Jeng: Malas sial naik tangga... Aku benci tangga. Aku benci tangga. Aku benci tangga.

Aku: Shaddap Jeng. Kau patut bersyukur ada tangga. Kau ingat aku kurus macam ni sebab apa? Sebab tangga!

Jeng: ..........................




Wednesday, December 1, 2010

Eve

I really envy Adam.

When he was all lonely, God said "Lo and Behold!"

Hence Eve was created out of his rib.

Adam was lonely no more.

I guess I envied how Adam got Eve coz God created her for him. He knew she's for him and he's for her. Plus he didn't have to go through all those courting, dating, swooning her and stuff. All those probably happened after she was created. I think.

In my case I have to find my Eve.

Finding Eve is not like taking a walk in the park for me.

Sigh.


I hope this does not count as blasphemy. Is it?


p/s: my future Eve, if you by any chance are reading this, know that I would be super happy like Adam did if you are here.

Tuesday, November 30, 2010

Should've been there when she went away

I was visiting my grandmother at Pantai Hospital Batu Pahat when I saw this poem. She was admitted because of dengue.



How do we measure

the length of a man's life?

By number of years?

or what he touched others by?


If truth be told,

the measure of life

is gauged by how

we carry inside


Those who carry

his essence and pride

receive his gift

of hope and life


If we have to measure

the length of one's life,

he truly lives

when through his, another survives.


For it is in his giving

that others receive

a gift so precious

of hope and new life.



Nenek,


Rest in peace.


You will be missed.

Friday, November 5, 2010

Going to Johor for the second time.

My grandma is in ICU, due to a three hit combo.

Pneumonia, Dengue and Diabetes.

and she's friggin 80 something.

Hope she'll be OK............

Tuesday, October 26, 2010

Thursday, October 21, 2010

One fine morning

Last couple of nights ago, I was unable to get a good night's sleep.

I only managed to get my eyes properly closed at around 4 or so.

hence, I woke up at 10 am.

Not a good example.

I probably would've woken up later if it's not for the sound of kids in the kitchen. Only my parents live in the house, so it was a bit odd to hear it.

I went out of my room to check out what was happening, and saw my dad holding up a poster of human body and taught English to two of my cousins who are in their primary school.

Watching my dad teach English to them made me miss my students at my previous school.

How are you doing, dear students?

I miss you lots.


p/s: my dad's a better teacher than me. I must go "bertapa" with him and get some pointers.

Saturday, October 16, 2010

walaupun kte tau anda takkan suka

tetap nak cakap jugak yg kte rindu gila.

seriusli tak pernah rasa camni.

Dah tak boleh nak fikir straight dah ni.

nak tulis benda lain sebenarnya tapi rasa patut tulis ini dulu.


Wednesday, October 6, 2010

Paranoid cure




A good read to all.

*Finding where in the blue hell is mine. I'm certain I brought it to Shah Alam from JB.*


Friday, September 17, 2010

Sebab sebab yang buat aku fikir aku akan jadi boyfriend kau yang paling best.

Last time aku tulis pasal Sebab sebab yang buat aku fikir aku akan jadi boyfriend yang suck.Dalam post tu, aku ada dedahkan sikit2 kenapa kau patut fikir dalam dalam sebelum kau nak sehidup semati ngan aku.

Lepas aku tulis post tu, aku dapat rasakan market aku serius jatuh merudum. Gadis gadis dah semakin avoid aku. Oh kamon... Nasib baik aku bagitau sikit sikit je. kalo aku list satu satu semua sebab-sebab tu aku rasa satu hari nanti besar kemungkinan sama ada aku mampus tanpa bini atau aku mampus tinggalkan partner in crime.

Jadi untuk menebus balik market aku yang dah tak stabil macam ekonomi Amerika Syarikat ni, aku akan bagitau korang kenapa kau patut consider supaya aku jadi boyfren kau.



1. Aku setia gila babi.

"Safwan, macam mana kau cakap kau boleh setia sedangkan kau tak pernah ada history in relationship dengan sapa2 untuk buktikan kau ni setia macam mana?"

Good point.

Tapi aku kena rejek dah enam kali weh. Dan sepanjang tempoh courting berbulan bulan dengan keenam enam skandal skandal ni, aku tak pernah usha pempuan lain. Persetankan perempuan lalu depan aku tu pakai baju dedah buah dada. Persetankan pempuan lain kiut dan moe macam mana pun, bekas skandal aku sentiasa di hati. err..... Maksud aku gadis yang aku suka ketika tu sentiasa di hati la. Bila dah gagal baru hati terbuka nak scan.


2. Aku suka buat kau senyum.

Korang mesti tau kan, ketawa tu best. Sebab tu aku seboleh boleh nak bagi potential girlfriend aku ketawa. Tapi apa yang berlakunya lawak aku selalu tak menjadi. Tapi effort tu tetap ada.


3. Aku boleh jadi wise macam orang dah hidup 100 tahun.

Eh, even orang 100 tahun pun dah nyanyuk dah. Errr.... Wise macam Albus Dumbledore kot.

Walaupun aku ni agak ting tong dan kebudak budakan, tapi aku rasa bila tiba masa aku perlu jadi serius, aku boleh jadi serius. Tak caya tanya Nik Nurul Ain. [Tiba tiba aku petik nama kau. haha.] Tapi aku tak tahu kenapa, aku lagi prefer orang tengok aku ting tong. Low profile kaedahnye y'all..


4. Aku akan letakkan bakal girlfriend aku di tangga ke 3 priority aku.

"No 3? Awat jauh sangat? Awat tak no 1?"

Sebab No 1 tu tanggungjawab aku kepada agama. Walaupun aku ni tak berapa sempurna mana, aku tetap cuba baiki mana yang kurang. No 2 tu pada keluarga. Mak ngan bapak aku. No 3 tu baru la bakal girlfriend aku. Untuk aku sendiri aku letak no 4. Aku hujung2 sikit pun takpe lah. Dah sayang kot. Nak buat macam mana? :P


5. Aku boleh masak.

Jadi tak kisah lah kau tak reti siang ikan, potong daging, goreng ayam. Aku boleh hidup kalau kau tak masak.

Tapi kau kena terima la hakikat aku bole masak simple2 je. Spageti, pizza, spageti alfredo buat sendiri, sardin, goreng sayur, jemput2, dan macam2 lagi lah. Asal aku tau resipi dia insyaAllah jadi la kot... Boleh la ditelan....

Cuma sebab utama aku malas masak ialah aku kena basuh pulak alat2 masak aku. Jadi kalau kau tak kesah basuh pinggan, periuk, sudip, sudu suma tu lepas makan aku rajin je nak masak. Jadi Aziz, kau tak boleh salahkan aku sebab tak pernah masak untuk housemate2. haha. Lagipun kau masak lagi sedap kot.

Orang boleh masak ni romantik gila kot. Mana la tau tetiba tengah2 makan tu aku taruk cincin ke apa ke.

Eh ini macam sebab kau kena consider untuk jadi suami je, bukan boyfriend. Ah tak kesah lah. Satu konsep.


6. Aku tak pernah ada girlfriend.

Nampak macam remeh je sebab ni kan? tapi sebab ni la sebab utama kau kena consider.

Perasaan cinta ni pada pendapat aku ibarat macam kentut. Makin lama kau simpan cinta tu, makin kau sayang kat dia. Makin lama kau peram, makin kuat dia letup. Jadi bayangkan je la aku yang still single dari lahir ni punya peram perasaan ingin mencintai ni kuat macam mana. Cuma takde output je nak salurkan kat siapa. Jadi kalau kau bercouple-an ngan aku, bersiap sedialah untuk menerima letupan kentut cinta paling power.

Errrrr....... macam salah je bunyi dia.....

Tu dia. Tak turned on bila kau baca benda ni? Jadi gadis gadis sekalian, tunggu apa lagi?

Wednesday, September 8, 2010

hohoho

Santa Kuraus and me wishes you a Merry Raya!

sapa Santa Kuraus?

Dia tu orang tua dalam iklan raya tv3 yg kena ban tu. yg ada illuminati lah apa lah kat situ.

ok tak lawak.

Selamat hari raya semua! jangan nakal2.

Kalo main mercun bola jangan baling kat orang.

Kalo masak tu pisau tu jgn terpotong jari. aku tau la aku hensem. jgn daydream kat dapur.

drive baik2.

selamat hari raya lagik, maaf kalo korang touching ngan aku sebab aku wat salah....

Wednesday, September 1, 2010

To all of you.

I don't think my mind is healthy enough.
I don't know why, but I feel like I wanna love somebody.


Not make it, but you know, love

Be nice to her, swoon her a bit, talk nonsense, share stuff, you know, what people in love do and all.

But I ain't got anybody to do all of the above.


So here's to you.


Whoever you are,

Wherever you are,

Whatever you do for a living,

How you look, how you dress, how you talk,

Know that I don't care about them coz I love you.

And my prayers go to you, wishing you all the best in whatever you do.


Tuesday, August 31, 2010

Desires.

I want this.

I want that.

Fuck everything.

Fuck what I used want.

I'm now content with what I have.


Alhamdulillah.

Tentera Tujuh Negara



Kalau kau gadis dan kau boleh shred gitar macam ni dan masak kat dapur, market kau serius lagi tinggi dari Dolar Amerika.

Wednesday, August 25, 2010

Safwan,

Dah dah la tu.

Jangan sedih lagi.

Dulu time diorang sedih2, problem keliling pinggang, kau jugak yang cakap kat diorang chill la apa la...

Nanti ok nye... everything's gonna be alright.

Trust me.

Slip of tongue.



Kan best kalau entry ni betul2 blog aku yang tulis?

Kan best kalau betul2 blog aku yang mendengar?

Kan best kalau betul everything's gonna be alright?

Pfft. LOL. Ha Ha.

In my dreams.



Sekarang, aku masih lagi menunggu ajal aku dengan tangan terbuka.

Monday, August 23, 2010

Dah takde mood nak hidup.

Shoot me.

Run me over.

Spike my drink with poison.

stab me from the back.

I don't give a damn anymore.


Sunday, August 22, 2010

A sad fact

Four of my students were kicked out of school. A sad fact considering four of them were starting to like learning and was punished for committing mistakes in the past.

Allah, I seek your mercy to guide their souls to the right path. Amin.

Friday, August 20, 2010

Gotta say this.

The best tepung pelita in the world has got to be from AU5, Lembah Keramat.

Craving it.

Tuesday, August 17, 2010

Live. smile. be happy. and forget me. I'll be ok. I'll get used to it even if loving alone becomes to difficult.

although you are leaving and turning away,

I just have to hide you away in my heart.


-Bits and pieces from Lee Seung Gi's Difficult words to say.-




-nota kaki: Sedih siot video clip ni. Aku nangis guling guling.

Saturday, August 14, 2010

Sebab sebab yang buat aku fikir aku akan jadi boyfriend yang sangat suck.

Aku kena admit. Walaupun aku ni single dari lahir, aku dah dapat bayangkan someday kalau aku dah berpasangan nanti, partner aku mesti stress nak mampus ngan aku. Antara penyebab stress:

1) Aku indecisive.

Tanya la kawan2 yang pernah kuar ngan aku. Aku yang ajak kuar gi dinner, tengok2 aku lak tanya diorang nak makan mana. Kalau kau mesti kau rasa nak tempeleng laju2 kan? Aku bukan apa. Kalau diorang tak cakap diorang tgh taste nak makan apa, memang aku bawak pegi candle je. Kalo tak kat candle, Nasik Lemak Ayam Besar Bas kat Uncle Jamal kat seksyen 18 depan Giant tu. Aku laju je. diorang la nak makan ke tak kedai tepi longkang.


2) Aku tak suka cakap I love you depan2 dia.

Contrary to your belief, walaupun aku ni ting tong dan nampak cam tak malu gila, aku bila depan ngan orang yang aku suka jadi sangat la pemalu. Nak cakap tiga patah perkataan tu pun macam azab gila. Tapi itu tak bermakna aku tak suka dia. Untuk meluah kan perasaan terbuku tu, aku selalu tulis kat blog. So dia tau dia disayangi, and orang tau aku tgh menyayangi. chewah.


3)Aku tak akan pegang tangan dia.

Bukan tangan je, satu badan lah. Muka pun tak. Aku dapat bayangkan betapa tak syoknya relationship kalo tak pegang tangan. Bayangkan la tgk movie jiwang2 tapi tak bagi dia landing kepala kat bahu aku. Tengah2 jalan2 kat mall tak pegang tangan. Tengah nangis cerita problem aku tak kesat air mata dia. Apa lagi ek physical contact yang selalu couples buat? Dia bole abaikan semuanya sebab memang takde nye aku nak pegang pegang. Dia eksiden dah nak mampus baru la aku akan dukung bawak masuk kete pegi hospital. (read: situasi darurat.)

Aku ni bukan la alim sangat. Al-Quran kat umah aku ni dah berhabuk dah lama tak bukak. Solat pun weekend mesti miss subuh. Puasa tak pernah miss tapi dosa buat jugak. Macam puasa tahan lapar dahaga je.Tapi kalau bab pergaulan memang aku nak jaga. Selagi belum halal memang aku tak pegang.


4)Aku sangat malas text dan call. Oh Ym sekali.

Tak tahu kenapa. Analisis tujuan penggunaan Irfan menunjukkan aku selalu guna Irfan bila nak ajak keluar, nak tanya kat mana bila tengah keluar sebab terpisah, nak tanya pasal esaimen kat Billy James, call mak bapak. tu pun jarang2. Aku lagi prefer jumpa depan2. Lagi best kan? Bole gurau2 tengok dia gelak. Lagi puas. Setakat baca "LOL" je kat msg apa barang. Lagi satu, kalo jumpa meaning lagi clear. Ayat dalam text bole baca dengan macam macam intonasi. semua bawak makna lain. nak tengok?

"Awak, jom main."

Kalau kau baca dengan intonasi suci, mesti kau laju2 amek papan chess terus jumpa awek kau, main kat taman. tapi kalau kau baca dengan intonasi pervert mesti kau singgah 7 eleven beli kondom.


5) Aku sangat berahsia.

Bak kata Albus Dumbledore, "I don't like to keep my eggs in one basket."


6) Aku perlukan masa sendiri.

Kalo nak hari2 berkepit mampus la weh. Hidup aku tak berkiblatkan dia. (Tu dia anak2, stetment Kamikaze nama dia.)

Bukan apa, aku kalau hari hari berkepit nanti bosan kot. Tak sempat nak rindu dah ajak jumpa. Cuba kau try dengan partner kau. satu minggu tak jumpa, tak text, tak call. Mesti lagi best sebab banyak benda nak cerita.


Ini lah antara2 sebab yang aku rasa aku akan jadi boyfriend yang sangat suck. Tapi aku yakin aku bole jadi hubby yang sangat sweet. Mesti bahagia lah sampai mampus. Tak percaya? Meh kahwin ngan aku.


Friday, August 13, 2010

What keeps my faith in them when all others seemed to doubt them

Aku: Very good, X! I see you knew already the differences between possessive adjectives and possessive pronouns!

X: Thank you, Sir.

Aku: Ok, class. Now for your homework, Sir nak you all complete practice A and B. Practice A macam tadi, circle sama ada ayat tu nak possessive adjective or possessive pronouns. Beware of the forms and read the questions baik baik, ok? For Practice B, circle part mana yang salah, then tulis balik the correct sentence. I want your grammar books this Friday, Ok?

Students: Ok..

Aku: [getting ready to pack up my stuff and leave]

X: Sir, Thank you for everything. [Salam cium tangan]

Aku: Welcome, X.


Aku bangga dengan X.

Serius.

Dia gengster nak mampus dalam skolah aku dan sekarang dia masuk kelas aku semata mata nak belajar Grammar.

Grammar, ok. Antara topik paling foul nak mampus dalam English.

Nak faham instruction aku dulu lagi lah mencabar. Dulu semua kena bahasa melayu, tak boleh rojak. Sekarang dah boleh rojak.

Tak kisah la dia tak pernah submit satu pun exercise book kat aku. Aku tak expect pun dia akan hantar.

Macam mana nak hantar kalau habis sekolah je, dia dari Kelang kena pergi Shah Alam seksyen 13 utk kerja hari2 sampai pukul 11 malam?

Selalu untuk kelas tu, exercise semua buat dalam kelas, discuss dalam kelas.

Dulu dia raja ponteng. Dia sekarang dah datang kelas. It's a start. For him.

Sadly for me, it's nearly the ending.

*****************************************

Teaching is really challenging.

But when you have that one students whose life was changed for the better by your presence, you will kind of forget all the bullshit that comes along with teaching.

That's the time when you should hold on and believe in yourself, and push yourself harder and harder.

Because they believed in you.


Thursday, August 12, 2010

Dayyum 2

Aku termimpi pelik tadi.

Sangat real.

Buat first time dalam hidup aku, mimpi aku ada warna.

walaupun mimpi tu nampak real, mintak2 lah mimpi tu tak jadi kenyataan.

Dah penat dah...

Wednesday, August 11, 2010

dayyum

I know this is a fasting month and all,

but I desperately need to blow off some steam. (Not Blowjob ye Encik Adil).

Times like these make me miss Terengganu and its beaches. (not bitchezz ye students)

I miss Nasi Dagang, Keropok Lekor, Pantai Batu Buruk, Masjid Terapung, and for some strange reasons, Giant Kuala Terengganu. (Terengganu pun ada Giant weh! Drive thru McD pun ada!) hahaha......





Ok aku dah merepek.



Takde point pun sebenarnye.


Monday, August 9, 2010

Aku mulut longkang.

Dah la busuk, cakap pun takde tapis.

Aku otak tiga suku.

Asal lepas diri sendiri je. orang lain aku tinggal.

Macam haram kan?

Banyak salah aku kat korang.

Minta maaf banyak2.

Dan kalau kau ada salah kat aku, aku ampunkan.


Sunday, August 8, 2010

Mengejar Kapal Terbang Kertas


Sedap sial lagu ni.

Dari nama diorang SilentScream sampai tukar Paperplane Pursuit.

First time dengar aku ingat band amerika mana tah.

tengok2 band Malaysia.

Serius tabik.


Thursday, August 5, 2010

Going to school is.....











































Sama sikit2 macam cerita aku.

And to make matters worse, perlu la ada student aku muka dia sama macam muka Dia.

Not one day passed without her crossing my mind.


p/s: These are screenshot images from Blogger Boy season 1. I don't own this video. I just reproduce them without permission. Hopefully I won't get sued for copyright issues.

Wednesday, August 4, 2010

Dah lama tak borak ngan kau..... Kau tengah marah kat aku ke weh?

Ask and ye shall receive

I prayed to God, wishing to Him I can be in Boston where nobody knows my name.

He answered my prayers, but only the last part.

I'm still here but it's as if I'm a stranger.

******************************

Been telling others change is inevitable.

But to see others change before me is....

I don't know what's the correct word for this...

Strange?

********************************







Friday, July 30, 2010

oh rupa2 nya aku boleh tgk catch up tv blogger boy kat website dia?

Aku dah nampak dah lesson plan aku ke mana.

Ke laut.


and aku baru dapat tau aku dari dulu dah ada software nak download apa2 video streaming? bukan setakat ke laut dah lesson plan aku. siap karam lagi.

students, sorry la. sir bukan tak nak ajar korang, tapi dari dulu lagi sir tengah bertapa kat gua untuk cari cara macam mana nak ajar English guna Blogger Boy as my teaching aid.

Tuesday, July 27, 2010

Of Blood and homework.


Teacher: Bla bla blablabla so that is your homework for today. submit it on Friday. speaking of which, where is my bloody essay homework?

Students: ..........

Teacher: WHERE?!

Students:..............................

Teacher: I asked last Friday and none of you submitted it to me. NONE! Bloody None!

Students:.........

Teacher: I gave that bloody homework like last Wednesday and asked you to submit it last bloody Friday! Is that so bloody hard to understand?

Students: .....................

Teacher: I don't have to bloody beg for you to submit your bloody homework, do I?

Student: No sir!

Teacher: Then submit that bloody thing first thing in the morning!

Students: Yes Sir...


conclusion: There was a bloody bloodbath in my class. Did a fun activity before that but left them fucked up.

I am such a mean teacher. and I like it.

Wednesday, July 21, 2010

My Practicum FAQs.


It has been a month or so since I have started with my practicum. So many questions were asked by my juniors and I am getting lazier to answer them though it gives me the joy of seeing the gulps and gasps about the horror of my school.

Don't wanna mention the name, coz I might get into trouble.

Anyhoo, since I'm getting lazy to answer those questions, I decided to put the Frequently Asked Questions on this page.


1)Macam mana first day praktikum?

Aktiviti 1

Hui.... Masuk masuk sekolah je, Pengetua takde, penolong kanan takde. Yang ada Ketua Bidang Sains je.

Cikgu: Cikgu bertiga ni praktikum tiga bulan kan, sampai September eh?

Aku: Ye cikgu.

CIkgu: Ooo... Selamat datang la ke sekolah kami. Nasihat saya, Jangan putus asa lah.

Wattafak? Tak sampai setengah jam pun kitorang baru kena introduce kat sekolah dah bagi nasihat jangan givap.


Aktiviti 2

Ada Cikgu Sejarah borak ngan aku.

Aku: Cikgu, student2 kat sini macam mana cikgu? Ok tak?

Cikgu: Jangan risau cikgu. Hardcore suma ni.

Aku: Huih! Takkan la cikgu?

Cikgu: YE. Nak tengok tak saya ajar kelas "Pra Hardcore"? Kelas no 7 dari 12. kelas sejarah single period.

Aku: Bole gak.

Hasil observation:

  • Cikgu masuk, student2 still kat luar. Budak2 pempuan tengah ngangkang buat apa tah. bagi salam hanya lepas cikgu sound "Cikgu kat depan la weh!"
  • 4 student pempuan tido, 4 student lelaki kat depan aku dok cerita pasal masturbasi. Dok compare sapa pancut lagi tinggi. WATAFAK?!
  • Kesimpulan: total disaster. Baru Pra hardcore ni.

2)Kelas kau ok tak?

Kelas aku? hahahaha..... Mari kita dengar lagu ni.


Try to give you warning
But everyone ignores me
(Told you everything loud and clear)
But nobody's listening
Call to you so clearly
But you don't want to hear me
(Told you everything loud and clear)
But nobody's listening
I got a
Heart full of pain
Head full of stress
Handfull of anger
Held in my chest
And everything left is a waste of time

Sekarang makin ok kot. mampus aku kalau by the end of this month still takleh control lagi diorang.

Oh. Aku ada crush kat sorang Loli kelas tu. Sial la dia tu. Perlu la moe gila kan?

Eh eh. Tak boleh. tak boleh. Hubungan cinta terlarang ni.





3) Berapa lama lagi praktikum?

Setakat blog ni ditulis, ada lagi 9 minggu.. tolak cuti raya 2 minggu, so ada lagi 7 minggu. kira aku kena ngajar tinggal lagi around sebulan lebih je la? huhu.

Serius aku nak buat parti separa liar kalau dah abeh praktikum neh.


4)Apa cabaran paling getir kau hadapi kat sekolah kau?

Alhamdulillah, pengetua sekolah aku ok, mentor ok, supervisor pun bole terima lagi. Student je kot yang payah kat sekolah aku ni.

Ada satu hari tu aku masuk relief kelas aku, aku borak borak ngan diorang. Diorang tanya aku, "Buat apa belajar English sir? Kita kan orang Melayu? Sapa lagi nak martabatkan bahasa Melayu kalau tak anak bangsa sendiri? Inggeris tu penjajah cikgu!"

Aku cakap: "Oh time bab2 bahasa tau la pulak kamu nak martabatkan. Budaya Melayu, adat Melayu takde la pulak kamu nak martabatkan? Sapa je antara korang yang tak tengok Showdown 2010. Sapa je antara korang yang tak reti shuffle, tektonik, b boy. Sapa je antara korang yang tak penah pegi gig. Kalau cikgu bagi rap satu verse, korang bole battle bagi cikgu 3 verse. Tapi berapa pulak kerat korang yang tau joget zapin, mak yong. Sapa je antara korang pernah pegi Istana Budaya dengar Nobat. Cuba try bagi Pantun 4 kerat sekarang kat cikgu. Cikgu nak beli. Tu pun kalau korang bole jual la."

Amek kau. Terus diam aku ceramah. Oi! kalau slogan Barat yang kau laungkan, jangan cakap dengan aku nak martabatkan bahasa melayu la, nak martabatkan bangsa melayu la apa bagai.

In short, diorang punya mentaliti je yang aku nak kena betulkan balik ni. Sepanjang aku belajar sosiolinguistik, scholars kata language death (kematian bahasa) berlaku bila komuniti tu dah sepakat nak shift ke bahasa lagi satu, dan dibantu oleh polisi2 kerajaan dan faktor2 lain. Jadi kalau kita lihat kat sini, Language death BM takkan berlaku kot utk jangka masa terdekat ni. Paling teruk pun BM coexist dengan BI. Wujud sama sama.

Tu dia. Tak pasal2 budak2 TESL yang skali ngan aku dah terefresh balik sociolinguistic diorang belajar time semester 5 dulu.


Cukup la setakat ni dulu. nanti kalau ada lagi soalan aku teringat aku tambah balik.

Thursday, July 15, 2010

Benda paling pointless

Tak perlu naik bas Rapid T529 pegi komuter, naik komuter sampai KL Sentral, tukar Rapid Kelana jaya line sampai Kelana Jaya, turun kat Kelana Jaya tu kau pergi 7 eleven semata mata nak beli air mineral kalau kat depan rumah je pun dah ada 7 eleven.


Tuesday, July 13, 2010

Untuk Ayah.


Tengah drive pergi sekolah.

Ternampak budak budak naik basikal pergi sekolah.

Teringat yang Wang dulu pun naik basikal pegi sekolah. Basikal tua yang orang guna buat pergi sawah tu.

Teringat yang dulu Ayah ada belikan Wang dekat 5 bijik basikal untuk Wang naik. Satu basikal roda tiga, satu basikal kecik sikit, 3 mountain bike. 2 kena curi.

Teringat yang dulu Ayah yang ajar Wang bawak basikal.

Banyak kali Wang jatuh. Ayah angkat Wang balik.

Banyak kali Wang jatuh. Dah lama lama tu ayah biarkan. Supaya Wang boleh bangun sendiri.

Ayah kata "jangan give up. Dah jatuh tu bangun."

Memang sakit

Tapi lama lama lepas tu Wang dah boleh bawak basikal. Siap boleh berlumba lagi.


*****************************************


Sekarang macam macam cabaran Wang jumpa dekat sekolah ni.

Student nakal Allah je yang tahu.

Expectation lecturer tinggi melangit.

Memang rasa nak give up.

Bila ternampak budak tu naik basikal pergi sekolah tu,

Wang teringat pesan Ayah. Teringat time Ayah ajar Wang naik basikal.


Lepas ni, tak kira berapa banyak kali pun Wang jatuh dek cabaran di sekolah ni,

Wang akan bangun balik.




Terima kasih untuk semuanya, Ayah.


p/s:Bila letak gambar Ayah dengan Mak, tiba tiba teringat Mi Udang yang Mak masak.

Saturday, July 3, 2010

Tentang perubahan.

So little time
Try to understand that I'm
Trying to make a move just to stay in the game
I try to stay awake and remember my name
But everybody's changing
And I don't feel the same.
"Keane - Everybody's changing"



Kucing Pink, baru aku faham perasaan kau.

*Dulu pun faham jugak. Tapi kali ni merasa.*



Tuesday, June 29, 2010

Dear God #4

Ya Allah,

Kepada student2 kelas aku,

kepada student2 yang aku relief kelas,

kepada student2 yang bagi salam kepada aku time terserempak,

kepada student2 yang doakan aku,

kepada student2 yang salam cium tangan aku,

kepada student2 yang memerlukan bantuan-Mu,

Kau berikanlah mereka kefahaman para nabi, ilham para malaikat dan mudahkan urusan mereka menimba ilmu-Mu.


Dezisyen

Misi mustahil aku: Time naik pelamin berat badan aku mesti 75 kilo.


MESTI.


Jadi kepada future bini aku, sabar lah sayang. Takkan lari gunung di kejar. Hilang kabus nampaklah ia.


Monday, June 28, 2010

Untuk kamu yang PERNAH di hati.





Lagu ni saya rasa best. Tapi banyak benda yang Taylor Swift mention bertentangan dengan cerita kita.




Taylor Swift tu perempuan. Saya lelaki.

Taylor Swift cantik. saya muka macam orang pecah rumah.

Setting lagu ni Taylor Swift kat depan umah bf dia. Sekarang saya tengah picit keyboard Amir Hamzah sambil dengar lagu Taylor Swift Tim McGraw dari Qasidah Nuraisha.

Taylor Swift dengan bf dia selalu berdansa sampai tengah malam. Kita selalu borak2 je.

Taylor Swift dengan bf dia dalam lagu ni dah couple tiga tahun. Kita sangkut tengah jalan.

Taylor Swift dengan bf dia ada lagu Tim McGraw untuk remind diorang tentang date diorang. Saya tak tahu pun awak suka lagu apa.



Saya ni teruk kan?

Nasib baik kita sangkut tengah jalan.


Jadi saya buat entri ni dan bagi awak dengar lagu ni sebab saya tiba2 teringat kat awak, dengan harapan awak pun tiba2 teringat kat saya.


p/s: Jangan fikir bukan bukan. Tengok title balik.


Sunday, June 27, 2010

Dear God #3

Cikgu: Awak cikgu praktikum baru eh?

Aku: Ya. saya safwan.

Cikgu: Oh.. nama cikgu XXX. Dah tau dah ngajar kelas mana.

Aku: oh dah cikgu. kelas YYY.

Cikgu: HUIH! Kelas tu????

Aku: ha ah. kenapa cikgu?

Cikgu: Saya nak nasihat kat awak, jangan putus asa ya jadi cikgu?


Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah untukku urusanku dan lepaskanlah kekakuan lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku.

Monday, June 21, 2010

Tentang berat.

Tak sia sia aku kerja hari tu.

Satu bulan lepas, 110 kilo lebih berat aku.

sekarang 104 kilo. Agak aneh la jugak pernurunan tu considering aku kerja kat restoran fast food yg mana time break aku makan burger hari2.

Mungkin sebab hari2 aku kerja 12 jam lebih. Penat weh.

Sekarang tugas aku, maintain.

Kena kurangkan gula, lemak, minyak, dan makanan kolesterol tinggi.

Oh bulan puasa. Datanglah laju2.


Sunday, June 13, 2010

Perkara perkara yang seriusli aku tegah time order makanan kat kaunter.


Korang mesti selalu makan fast food kan?

Kalo tak pernah, tahniah. perut anda suci dari beribu ribu bahan kimia yang berbahaya tapi ada dalam makanan semata mata hanya untuk tambah shelf life dia.

Aku taknak cerita pasal benda alah tu, tapi aku nak share ngan korang beberapa perkara yang seriusli aku tegah time order kat kaunter. kalo korang buat benda benda alah ni kat mat/minah kaunter fast food tu, kebarangkalian 100% kau dah buat dia menyampah dan apa yang menghalang dia dari bagi tapak tangan laju laju k
at muka kau adalah manager yang akan potong gaji dia kaw kaw ho liao.



1)Buat lawak bodoh.


Baru berlaku tadi.


Customer: Nak aiskrim ni satu ye? BK Cone

Aku: satu BK cone ya?

Customer: Tak, bukan BK Cone, BK Cone (dia sebut /chone/)

Aku: ok satu BK Cone

Customer: kan saya kata BK Cone (lagi sekali dia sebut /chone/)


Bastard. Nak layan kau sorang je, dah 4 customer baru tunggu kat belakan. Kau ingat kelakar ke kau seksa aku?

Kalau nak buat lawak, pastikan kelakar. Indicator tak kelakar apa? senang je. Aku tak gelak.


2)Expect makanan serupa dalam gambar.

Ok. Aku tak nafikan la. memang aku pun expect seboleh bolehnya makanan aku serupa dengan gambar tu. Tapi within reason la. Kalau gambar dia memang sah2 mengarut contoh aiskrim kat gambar tu sos coklat dia cantik je cam gambar kat bawah ni:




retrieved from burger king website:www.burgerking.com.my



Kau expect aku yang disuruh guna ladle untuk tuang sos coklat tu boleh ke buat aiskrim cantik camni, syaitonnnn??


3) Undecidable syndrome.

Menu kat atas kepala aku besar kan?

Kalau aku hempuk kat kepala kau pun bole arwah kan?

jadi untuk elakkan aku tunaikan fantasi aku kat kau, sila decide order laju laju. kalau boleh, decide sebelum masuk beratur. kalau dah sampai turn kau untuk aku amek order, and time tu la kau baru nak tanya Bang Long nak aiskrim apa, Kak Ngah nak ais krim apa Tok Nek senggugut takleh makan aiskrim, memang aku rasa nak celup jari aku dalam aiskrim kau.

kau ingat best ke nak layan kerenah kau? selalunya kes ni akan menjurus kepada Perkara Ke-Empat. Kira ala ala combo la ni.


4) Tukar tukar order.

Aku tak tau la sistem fast food restaurant lain macam mana, tapi kat tempat aku, kalau kau cancel order, aku kena amek kad dari manager, swipe benda alah tu kat cleavage komputer dia and baru bole cancel order. (Cleavage eh orang panggil? ah persetankan.)

Itu tak menjadi masalah untuk crew counter makanan ruji yang manager selalu lepak kat situ time peak hour. Masalahnya aku dessert counter berada kat di hujung dunia. Depan sekali. Oh sumpah tak fun kalau kena keluar kaunter, lari laju2, swipe benda alah tu kat cleavage komputer, return kad tu laju laju, and tau2 kau cancel order lagi sekali. Macam mintak penampar kan?


5) Pencuri tisu, gula, creamer dan garam.

Aku penat penat lipat dua tisu 4 bungkus dari pukul 10 sampai 11, kau order satu ais krim kon pastu bedal tisu sampai lima helai tu dah kenapa lahanat??

Tak sayang kat alam sekitar ke??

Lagi satu, kau order cone je kot. CONE!!! bukan burger! kalau burger memang understandable la kau nak sampai lima tisu. Aku makan pun kadang2 sampai enam. tapi satu cone aiskrim?

Kat rumah tisu deprivation eh?

Untuk kes gula, creamer dan garam, aku tak faham kenapa kau kena amek gula satu genggam, creamer satu genggam untuk bancuh secawan kopi. Time ni aku tak start keja lagi.

Selalu aku pegi McD time breakfast memang kerap berlaku.

Teruk sangat ke bekalan gula putus sampai kau seludup keluar gula dari McD? Ke kau jual balik gula tu kat pasar? Demit. Evil sial kau.

Ingat la customer lain pun nak guna....



Ni la antara perangai2 yang aku paling menyampah sepanjang aku kerja kat dessert kaunter. seriously. Rasa nak bagi kelemumur je kat dalam aiskrim orang2 yang buat benda2 alah ni. diorang tanya ni apa, aku cakap ni rice flakes. Manager derma. (Tetiba petik nama manager). Sabo je la aku nak tahan lagi seminggu mengadap orang2 camneh.

Kalau kau ada pengalaman jadi crew counter dan ada benda2 lain nak dikongsi, tambah la. Bole ngumpat.