Tuesday, July 13, 2010

Untuk Ayah.


Tengah drive pergi sekolah.

Ternampak budak budak naik basikal pergi sekolah.

Teringat yang Wang dulu pun naik basikal pegi sekolah. Basikal tua yang orang guna buat pergi sawah tu.

Teringat yang dulu Ayah ada belikan Wang dekat 5 bijik basikal untuk Wang naik. Satu basikal roda tiga, satu basikal kecik sikit, 3 mountain bike. 2 kena curi.

Teringat yang dulu Ayah yang ajar Wang bawak basikal.

Banyak kali Wang jatuh. Ayah angkat Wang balik.

Banyak kali Wang jatuh. Dah lama lama tu ayah biarkan. Supaya Wang boleh bangun sendiri.

Ayah kata "jangan give up. Dah jatuh tu bangun."

Memang sakit

Tapi lama lama lepas tu Wang dah boleh bawak basikal. Siap boleh berlumba lagi.


*****************************************


Sekarang macam macam cabaran Wang jumpa dekat sekolah ni.

Student nakal Allah je yang tahu.

Expectation lecturer tinggi melangit.

Memang rasa nak give up.

Bila ternampak budak tu naik basikal pergi sekolah tu,

Wang teringat pesan Ayah. Teringat time Ayah ajar Wang naik basikal.


Lepas ni, tak kira berapa banyak kali pun Wang jatuh dek cabaran di sekolah ni,

Wang akan bangun balik.




Terima kasih untuk semuanya, Ayah.


p/s:Bila letak gambar Ayah dengan Mak, tiba tiba teringat Mi Udang yang Mak masak.

3 comments:

z a w a n i b a d r i said...

bergenang air mata baca entry ini safwan T_T

good luck for both of us! :)

ayoh said...

Mu gitu aa wang! Orang lain dpt satu basikal mu dapat lima. Orang ambil driving licence rm800 mu kena rm1800.Orang makan 1 pinggan mu 3.

ayoh said...

Entah-entah orang biasanya bbini sorang mu tigo. Kahkahkahkah