Wednesday, December 8, 2010

Perkara2 aku seriusli tegah kau buat kalau aku tengah drive


Kalau kau tanya benda apa yang aku paling suka, tanpa segan silu aku akan cakap drive. Tak kesah lah kereta apa, model apa, make apa, kalau benda tu ada stereng, 4 tayar dan ada enjin, mesti aku nak try drive.

Serius aku enjoy gila drive. Rasa macam segala problem2 tu tertinggal kat belakang sambil sedut asap aku. lagi best bila drive malam sabtu sambil bukak FlyFM sebab ada slot Fly Five 0 Triple Play. Kat slot ni ada lagu2 clubbing genre apa je DJ tu rasa nak main. elektro, trance mostly. house jarang gila. Sambil bawak kete, dengar lagu2 lalai camtu, member2 join satu kaki, fuhh..... layan...

Tapi segala kelazatan ni boleh hilang sekelip mata kalau ada passenger2 aku buat salah satu benda kat bawah ni.


1) Tak pakai seatbelt.


Walaupun aku enjoy driving, aku harus admit aku bukanlah driver yang bagus. Dah 2 kali aku accident. First langgar pedestrian. nasib dia tak mati je. Second aku langgar kereta kat depan. aku dah tak ingat impak dia laju mana tapi aku rasa 60- 70 km sejam. Cukup untuk buat aku terbang keluar kereta.

Tapi aku tak terbang sebab aku pakai seatbelt. Satu minggu bahu aku sengal sebab whiplash seatbelt. Oklah, daripada mati baik lah sengal bahu je.

Sebab itu, aku akan make it a point kepada semua passenger2 aku supaya pakai seatbelt. Mak bapak aku pun sama. Dah berapa kali mak aku kena bahan daripada aku sebab taknak pakai seatbelt time naik dengan aku. oleh itu, pakai la seatbelt. Lama lama nanti hilang la rasa janggal tu.


2)Buang sampah dalam kereta.


"Dah tu nak buang kat mana, sundal? kat jalan?"

Kau beli jajan tu mesti orang kedai bagi plastik kan?

Masukkan dalam plastik, kumpulkan sampah2 semua orang skali, ikat plastik, pastu buang. kan setel? Kalau malas sangat at least kau kumpul sampah2 kau satu tempat, tu pun dah cukup bagus.

Aku pun bukan la jenis pengemas sangat. Walaupun aku tak kemas, tapi aku tak suka kotor. ada beza kat situ.


3) Sentuh aku.


Sentuhan minimal boleh la aku consider. Kereta yang aku drive sekarang ni position gear 1 dia sangat dekat dengan peha passenger sebelah. Jadi aku harap kau boleh faham. Bukan ganguan seksual ni. Tak sengaja..

Tapi sentuhan yang aku tak boleh blah ialah bahu. Lagi lagi kalau kau perempuan. Biar la lapik ke tak, aku sangat geli. Kang tak pasal pasal aku terpulas stereng pegi tempat lain sapa nak jawab kalau eksiden?




4) Tunjuk aku benda benda perlu aku tenung.


Seriusli aku tegah kau cakap ayat ayat macam kat bawah.



"Yo, Bear! Tengok this chick text apa kat aku!"


"HUUUUIIIIIIHHHHHHH! Ferrari Enzo plat TAH 1! Baca dari jauh jadi macam Tahi! haha! Cuba kau tengok bear! Bodoh gila orang tu! LOL!"


"What the helllll??? Tengok situ! PEDOBEAR DOH!"


Run for your lives, lolis!


Aku tahu benda2 tu amazing.

Aku nak sangat tengok benda2 macam tu. Lagi lagi pedobear tu.

Tapi memandangkan aku kena fokus terhadap pemanduan aku, aku nasihatkan jangan la tunjuk benda2 tu kat aku. Aku ni pun satu. Senang kena distract. Buatnya aku tengah tenung benda kau tunjuk tu, sedar2 kita dah arwah macam mana?

Banyak kali dow eksiden berlaku sebab passenger tunjuk benda2 kat driver. Aku sure korang pun banyak dengar cerita orang eksiden camni. Iklan pun ada. So pesanan di sini, tunjuk benda alah tu time turun. seAwesome mana pun benda tu, aku yakin ia lebih awesome once dah turun kereta sebab bole tenung lagi lama.




Ni lah perkara perkara yang aku tak berapa nak gemar time drive. Korang pun mesti ada kan? Share la.


7 comments:

rean said...

haha..nice..

tapi 4 me,aku memang tak suke jalan jam,unless si dia di sebelah aku..lantak la nak jam 2 @ 3 jam,tapi kalo si dia ada di sebelah,,tak rasa penat

HEROICzero said...

boo......toh la rean.

safwan said...

rean: saje je ko nak buat aku jadi lagi desperet kan? haha

adil: kan?

axer713 said...

reaksi ko terhadap gangguan sentuhan tu x best la... dah alang2 die nak pegang, ape lagi... carik port la...

safwan said...

ingat Allah azim... Allah selalu ingat kat kita.... Sebab tu dia selalu tengok kita buat apa.

Valossa Vicious said...

Soon it will come, the day that the whole world accepts pedobears running hand in hand with lolis, without a tint of guilt.

Now that's creepy eh.

Nasir baek said...

saya rasa anda cukup bagus..mengungkapkan kata2...

datang ke blogku kawan..mari...kita jalin persahabatan

http://kecilbermanfaat.blogspot.com/2010/12/intip-gaya-bercinta-pria-lewat.html