Perkara 1: Budak kecik belum Mumayyiz amat kiut. Rasa macam nak je ada sorang dua.
Alasan:
Ceritanya gini.
Pukul 11 malam. Nazmi taknak tido. Dia suruh aku bukak Ultraman kat TV. Abang aku ada device apa tah. Jolok pendrive kat benda alah tu, pastu jolok benda alah tu kat TV, pastu bole tengok macam macam. Lepas Ultraman Mebius, Ultraman Nexus. Gaia, Dyna, toksah cerita.
Lepas Ultraman, Upin Ipin.
Mak dia pening kepala suruh tido. Aku dok guling2 atas tilam depan TV sambil main game. Kadang2 layan Nazmi.
Dekat2 15 minit baru mak dia dapat goda si budak kecik tu pegi tido.
Masalahnya, Nazmi petang tu dia dah tido dari sebelum Asar sampai Maghrib. Nafsu tido langsung takde.
Aku dengar dari luar bilik, sambil dia tengah guling2 atas katil dia, dia zikir weh. ZIKIR!
Serius.
Dia sebut "Ya Allah" bertalu talu. Aku perasan dari pukul 11 setengah gitu sampai pukul 1 pagi lebih gitu dia dok zikir.
Mak dia nak tido pun payah.
Nazmi: Ya Allah... Ya Allah.....
Mak dia: Dah la Nazmi... Dah 10 ribu kali dah mu sebut Ya Allah ni.....
Nazmi: (senyap kejap.)..... Ya Allah.... Ya Allah.....
Mak dia: Nazmi! Dah! Mama tutup lampu kang!
Nazmi: Tak nak! Ya Allah....... Ya Allah...
Mak dia: Mama tutup lampu!
Nazmi: Tak nak! Tak nak! Ya Allah.....
Mak dia: (tutup terus lampu)
Nazmi: (menangis kuat gila.)
Mak dia: Mama suruh tido tu tido la....
Nazmi: (Meraung.)
Mak dia: (Mengalah. Bukak balik lampu.)
Nazmi: (Tangisan beransur kurang. Sambil menangis sket2,) Ya Allah...... Ya Allah......
Tak tau sapa. Mak dia or bapak dia: (aku rasa dia belai Nazmi kot. Aku dengar bunyi pampers kena tepuk.)
Macam nakal bole tak? Hahahhaa. ish.... Ni yang buat aku rasa nak ada anak neh.
Pengajaran pertama: Budak kecik 3 tahun pun ingat Tuhan..... Aku hari hari dok meronggeng rokiah neh ntah bila la nak tobat.......
Perkara 2: Budak kecik belum Mumayyiz buat aku loya. Buat aku nak stay single sampai mampus.
Alasan:
Ceritanya gini.
Petang.
Dok lepak kat living room sambil main chess online.
Adik aku Hafiz, atau nama glemer yang dia selalu guna nak komen kat blog aku, Pokpih jadi coach aku. Aku dok bersila kat lantai sambil bersandar kat kaki sofa. Pokpih baring atas sofa. Nazmi berguling guling dengan Pokpih. Nasib baik Aku dan Pokpih begitu fokus. Langsung takde efek terhadap konsentrasi menganalisis posisi permainan.
Nazmi tepuk2 kepala aku, layan kan aje.
Nazmi dok tanya "apa ni" selang 5 saat, aku layan je "Ni laptop"
Tapi bila Nazmi kentut, konsentrasi aku mula terjejas. Pokpih lagi hebat. Pokpih menerima impak terus daripada sumber berkenaan. Bau dia......... Tuhan je tau.
Tiba2, Nazmi bangun menuju bilik tidur.
Senyap.
Sunyi.
Aman buat beberapa ketika. Fokus....Fokus......
Tiba tiba, Nazmi datang lagi.
Kali ini dengan bau yang lebih hebat dan ekstra package. Bau dia... kaw kaw ho liao wooo... Ho ho ho......
Sah. Dia berak.
AAAAA!!!! Busuk gila weh..... Terus takleh fokus langsung.....
Nak mintak mak dia bersihkan, dia tengah tido.
Nak tunggu mak dia bangun, macam lama lagi je.
Bau dia pulak makin lama makin kencang.
Terus aku angkat Nazmi, bawak pegi toilet.
Aku sedaya upaya cari jalan nak bukak lampin dia. Tak pernah2 aku pakaikan lampin untuk budak kecik. Aku yang pakai ada la. Tu pun lampin wanita. Eh, orang panggil benda tu lampin ke? Ah biar la. Satu konsep.
Melilau aku dok belek2 bontot Nazmi nak cari jalan bukak lampin dia. Serius weh. Lampin sekarang dah semakin berteknologi tinggi. Kompleks gila nak bukak lampin.
Akhirnya aku jumpa jugak jalan kebenaran untuk bukak lampin dia. Slow slow aku turunkan lampin dia. Takut jatuh tahi dia.
Bila aku turunkan je lampin dia, tu dia...... Tahi coklat pekat kaw kaw ho liao menjelma. Besar plak tu. Besar penumbuk aku siot. Aku loya. Nak muntah. Nazmi tengok muka aku tengah tahan muntah, dia gelak evil. Gelak besar cam Superman Action dalam cerita Krayon Shin Chan. Terus aku campak lampin bertahi masuk plastik sampah dalam jamban tu.
Selesai satu azab.
Tapi, azab paling getir menyusul.
Cebok. (Cebok=Basuh berak. Regional dialect Johor)
Aku pegi amek tisu kitchen yang cam kesat sket tu kat dapur banyak banyak. Pastu, aku tembak air menuju bontot dia pastu cebok guna tisu.
Tapi bila ingat balik Ustazah sekolah agama aku ajar bab menyucikan najis, dia kata kena hilang bau, warna ngan rasa.
Bau dah konfem ilang. Dah takde dah kaler coklat kat bontot dia.
Rasa. Hm....
Guna tisu mana boleh rasa weh. Isk..... Maka petang tadi, tangan kiri aku dah tak suci lagi. Tangan kiri aku dah cebok bontot yang lain dari bontot aku...... Isk.....
Aku meraung. Loya gila, campur geli pun ada. Nazmi gelak gelak.
Tiba tiba terdengar suara mak dia. Nasib baik dah bangun tido... Takyah aku pakaikan lampin untuk Nazmi....
First time aku cebok bontot budak belum Mumayyiz.
Sumpah scary gila... GELI WEH! Rasa nak stay single je pun ada tadi.
Pengajaran: Aku berterima kasih kat mak dan ayah aku yang dah tolong mencebok bontot aku dari lahir sampai aku reti cebok sendiri.
Saturday, December 26, 2009
Wednesday, December 23, 2009
Post Jiwang Repost
If I have wings I would fly
Lifting my soul to the sky
If I have nine lives to live,
Wish I have you to be with
If I could make dreams come true
Of all the things I would do,
I know that I would be wishing for you....
(Juwita Suwito, Wishing for You)
Monday, December 14, 2009
New Moon poster got me thinking
I noticed something about the New Moon .
Look at the poster.
Why there is no black vampire?
Is it because no vampire wants to bite a black guy? Damn racist.
I asked Nashrah, a friend of mine, whether there are any black vampires. She said there is one, but he's one of the bad guys.
Double racist, if you ask me...... Hahaha
P/s: Watched Twilight recently... Still, couldn't bring myself to understand what's the fuss about the whole Twilight saga.

Aku menyirap.
Tipu je... :P
Bosan weh.
Cuti2 neh tetiba terbukak nafsu nak jawab soalan tag. Takkan takde kot? Kamon eberibadi...... Aku tau korang ada kan? haha...
Takde purpose pon post neh.
Just nak cakap kat gadis anak kucing pink, (Kau tahu sapa kau) aku da lame weh nak kontek kau. Ada bisnes proposal neh... Call tak dpt.. msg tak balas... ym invi.... twitter tak penah update... fb tak add aku, isk...........
Oh, buat first time dalam sejarah, aku tak balik kampung halaman time cuti sem. pindah umah nye pasal. Hari jumaat (kot) nak pegi JB. Mungkin singgah Batu Pahat.
Berbulu dengan Pakcik Kopiah pemandu Waja 1.6 Campro CPS. Dia nyaris buat aku eksiden kelmarin. Keluar kereta lutut lembik. Banyak2 near death experience, yang ni kot paling nyaris. Kalah time Pemandu Lori Dari Neraka.
Nak merepek apa lagi eh....?
Hmmmm......
Later lah.

Friday, December 11, 2009
Post ini ditujukan kepada budak kecik spesel di hati yang belum tahu membaca.
Seriously. Pok Wang rasa macam baru semalam mu keluar Nazmi.
Rasa macam semalam mak mu tunjuk gambar ultrasound mu, tunjuk gambar mu dalam perut mak mu. Doktor kata posisi mu tiap tiap kali dia ambik gambar mu, mu macam tengah sujud.
Rasa macam semalam Pok Wang tengok mu pakai baju penguin Che Aning bagi untuk mu. Rasa nak cubit2 je.
Rasa macam semalam mu menangis tengok Pok Wang. Pok Wang tak tahu pon sebab apa mu menangis tengok Pok Wang. Pok Wang besar sangat kot... Tak pon banyak jambang.
Rasa macam semalam mu sebut "bas eskepes" instead of bas ekspress.
...........
Sekarang, mu dah cuba solat. Walaupun rukuk mu belum belajar, janji sujud ada.
Sekarang, baju penguin mu dah tak muat. Tapi rasa nak cubit2 tu still ada.
Sekarang, mu dah tak menangis tengok Pok Wang. Nak bergusti pulak. Sakit tau Nazmi. Nak Auf... (Auf tu tiup tempat dia ketuk aku)
Sekarang macam macam mu dah reti sebut. Allahuakbar, Satu dua tiga sampai sepuluh, Air plane, Lori, macam macam lah. Nyanyi lagu Wonderpet pun boleh.
Sekarang mu dah tiga tahun.
(Gambar Lama. Sekarang dia lagi kiut.)
Selamat Hari Lahir Muhamad Nazmi bin Muhamad Nazim.
Jangan nakal nakal. Jangan ikut sangat Pok Pih tu.
p/s: Sekarang menanti kedatangan Nur Muhamad Yaakob bin Muhamad Nazim. Nama mungkin berubah.

From Slip of tongue |

Wednesday, December 2, 2009
Request.
Baru baru ni Irfan buat hal. Aku dah jolok dia banyak kali, dia mintak lagi. Penat la bodoh. Dasar nafsu serakah.
Dah la sekali jolok mintak lapan jam.
skang ni dia dah main gila dengan aku. Aku belum tekan lagi dia da tekan.
Bodo betul.
Henpon kalo da usang memang camtu......Irfan tu nama henpon aku....
Malangnya Irfan da rosak...
Mula mula bateri dia cepat habis... Lama lama pastu aku tak tekan apa2 button pon, tetiba dia spam tekan 1 sampai henpon restart...
Aku saspek virus, so aku format memory card ngan henpon aku... tengok2 ada lagi prob tu... so hardware prob.... Circuit board dia kot... Isk....
So bila aku dah format henpon aku tu, ilang la suma no contacts dalam tu.....
Tapi tolong la weh...... Hantar eh? Pleasee.... with whipped cream and two cherries on top pleasseee??
p/s: Sebab dah format memory card dan lupa nak backup, gambar2 kelakar suma dah ilang. MotherChud. How the funk aku nak update kelakar2.......

Bole tak korang bagi no tepon korang kat aku? Hantar la ikut Facebook atau email.. Sms pon bole... tapi lambat la aku dapat no korang.... kalo korang tak kisah kena harass reply kat komen box ni pun takpe...
Tapi tolong la weh...... Hantar eh? Pleasee.... with whipped cream and two cherries on top pleasseee??
p/s: Sebab dah format memory card dan lupa nak backup, gambar2 kelakar suma dah ilang. MotherChud. How the funk aku nak update kelakar2.......
Subscribe to:
Posts (Atom)