Perkara 1: Budak kecik belum Mumayyiz amat kiut. Rasa macam nak je ada sorang dua.
Alasan:
Ceritanya gini.
Pukul 11 malam. Nazmi taknak tido. Dia suruh aku bukak Ultraman kat TV. Abang aku ada device apa tah. Jolok pendrive kat benda alah tu, pastu jolok benda alah tu kat TV, pastu bole tengok macam macam. Lepas Ultraman Mebius, Ultraman Nexus. Gaia, Dyna, toksah cerita.
Lepas Ultraman, Upin Ipin.
Mak dia pening kepala suruh tido. Aku dok guling2 atas tilam depan TV sambil main game. Kadang2 layan Nazmi.
Dekat2 15 minit baru mak dia dapat goda si budak kecik tu pegi tido.
Masalahnya, Nazmi petang tu dia dah tido dari sebelum Asar sampai Maghrib. Nafsu tido langsung takde.
Aku dengar dari luar bilik, sambil dia tengah guling2 atas katil dia, dia zikir weh. ZIKIR!
Serius.
Dia sebut "Ya Allah" bertalu talu. Aku perasan dari pukul 11 setengah gitu sampai pukul 1 pagi lebih gitu dia dok zikir.
Mak dia nak tido pun payah.
Nazmi: Ya Allah... Ya Allah.....
Mak dia: Dah la Nazmi... Dah 10 ribu kali dah mu sebut Ya Allah ni.....
Nazmi: (senyap kejap.)..... Ya Allah.... Ya Allah.....
Mak dia: Nazmi! Dah! Mama tutup lampu kang!
Nazmi: Tak nak! Ya Allah....... Ya Allah...
Mak dia: Mama tutup lampu!
Nazmi: Tak nak! Tak nak! Ya Allah.....
Mak dia: (tutup terus lampu)
Nazmi: (menangis kuat gila.)
Mak dia: Mama suruh tido tu tido la....
Nazmi: (Meraung.)
Mak dia: (Mengalah. Bukak balik lampu.)
Nazmi: (Tangisan beransur kurang. Sambil menangis sket2,) Ya Allah...... Ya Allah......
Tak tau sapa. Mak dia or bapak dia: (aku rasa dia belai Nazmi kot. Aku dengar bunyi pampers kena tepuk.)
Macam nakal bole tak? Hahahhaa. ish.... Ni yang buat aku rasa nak ada anak neh.
Pengajaran pertama: Budak kecik 3 tahun pun ingat Tuhan..... Aku hari hari dok meronggeng rokiah neh ntah bila la nak tobat.......
Perkara 2: Budak kecik belum Mumayyiz buat aku loya. Buat aku nak stay single sampai mampus.
Alasan:
Ceritanya gini.
Petang.
Dok lepak kat living room sambil main chess online.
Adik aku Hafiz, atau nama glemer yang dia selalu guna nak komen kat blog aku, Pokpih jadi coach aku. Aku dok bersila kat lantai sambil bersandar kat kaki sofa. Pokpih baring atas sofa. Nazmi berguling guling dengan Pokpih. Nasib baik Aku dan Pokpih begitu fokus. Langsung takde efek terhadap konsentrasi menganalisis posisi permainan.
Nazmi tepuk2 kepala aku, layan kan aje.
Nazmi dok tanya "apa ni" selang 5 saat, aku layan je "Ni laptop"
Tapi bila Nazmi kentut, konsentrasi aku mula terjejas. Pokpih lagi hebat. Pokpih menerima impak terus daripada sumber berkenaan. Bau dia......... Tuhan je tau.
Tiba2, Nazmi bangun menuju bilik tidur.
Senyap.
Sunyi.
Aman buat beberapa ketika. Fokus....Fokus......
Tiba tiba, Nazmi datang lagi.
Kali ini dengan bau yang lebih hebat dan ekstra package. Bau dia... kaw kaw ho liao wooo... Ho ho ho......
Sah. Dia berak.
AAAAA!!!! Busuk gila weh..... Terus takleh fokus langsung.....
Nak mintak mak dia bersihkan, dia tengah tido.
Nak tunggu mak dia bangun, macam lama lagi je.
Bau dia pulak makin lama makin kencang.
Terus aku angkat Nazmi, bawak pegi toilet.
Aku sedaya upaya cari jalan nak bukak lampin dia. Tak pernah2 aku pakaikan lampin untuk budak kecik. Aku yang pakai ada la. Tu pun lampin wanita. Eh, orang panggil benda tu lampin ke? Ah biar la. Satu konsep.
Melilau aku dok belek2 bontot Nazmi nak cari jalan bukak lampin dia. Serius weh. Lampin sekarang dah semakin berteknologi tinggi. Kompleks gila nak bukak lampin.
Akhirnya aku jumpa jugak jalan kebenaran untuk bukak lampin dia. Slow slow aku turunkan lampin dia. Takut jatuh tahi dia.
Bila aku turunkan je lampin dia, tu dia...... Tahi coklat pekat kaw kaw ho liao menjelma. Besar plak tu. Besar penumbuk aku siot. Aku loya. Nak muntah. Nazmi tengok muka aku tengah tahan muntah, dia gelak evil. Gelak besar cam Superman Action dalam cerita Krayon Shin Chan. Terus aku campak lampin bertahi masuk plastik sampah dalam jamban tu.
Selesai satu azab.
Tapi, azab paling getir menyusul.
Cebok. (Cebok=Basuh berak. Regional dialect Johor)
Aku pegi amek tisu kitchen yang cam kesat sket tu kat dapur banyak banyak. Pastu, aku tembak air menuju bontot dia pastu cebok guna tisu.
Tapi bila ingat balik Ustazah sekolah agama aku ajar bab menyucikan najis, dia kata kena hilang bau, warna ngan rasa.
Bau dah konfem ilang. Dah takde dah kaler coklat kat bontot dia.
Rasa. Hm....
Guna tisu mana boleh rasa weh. Isk..... Maka petang tadi, tangan kiri aku dah tak suci lagi. Tangan kiri aku dah cebok bontot yang lain dari bontot aku...... Isk.....
Aku meraung. Loya gila, campur geli pun ada. Nazmi gelak gelak.
Tiba tiba terdengar suara mak dia. Nasib baik dah bangun tido... Takyah aku pakaikan lampin untuk Nazmi....
First time aku cebok bontot budak belum Mumayyiz.
Sumpah scary gila... GELI WEH! Rasa nak stay single je pun ada tadi.
Pengajaran: Aku berterima kasih kat mak dan ayah aku yang dah tolong mencebok bontot aku dari lahir sampai aku reti cebok sendiri.
14 comments:
bole x, aku nak anak, tp xnak bini..
tapi aku nak bini, tp xnak anak..
dem..
haha comel nazmi..
hahahahaahahahahaahahahaha
bear,
tedy terpaksa gelak bace entry ni.
heee
description vivid sangat.
horrrooooorrrrrrrrr
tapi aku penah je cebokkan budak kecik. first time memang rasa mcm bunuh diri pun bagus jugek, tpi last2 tu rasa ok sikit. mungkin sbb aku punya semangat keibuan lebih tinggi kan?
ha..
sekarang ko da tau kan betapa besar pengorbanan mak kau jaga kau yg separuh waras ni.
hahaha
kahkahkah!!!!!! itu la aku asyik buat bile bace post ni..
ko kene igt safwan... ko kene lalui semua benda baru la boleh dikatakan ia satu kehidupan...
termasuk la ade anak sendiri.. and cebok anak sendiri...
aku x tau la kalo ko bebetul dah ade anak nanti post ape lak ko nak kuarkan... hehehe...
sure xlalu mkn mee udang ho liau pasni!!
HAHAHAHAHA~~~!
nasib baik kat rumah dowh. kalo kat tempat lain lagi parah kot ko nak buat semua tuh. hahaha :P
to adil: ko kena pegi sesi terapi weh. kecederaan otak ko tak dapat aku bendung lagi.
to fitriah: nazmi comel...tahi dia tak comel.
to teddy: mula2 mmg takde niat nak gelak ke....? isk..
to kayne: maybe.... aku ade semangat kebapaan je... iaitu dok bermalasan sambil baca paper.
to nurul: separuh waras? aku rasa tak.
to azim: kalo aku ada anak patung aku takyah cebok dia. bela anak patung je la, bole?
to hajar: ingat ho liao, ingat tuut. haahha
to azli: kalo kat tempat lai mak dia tak tido. so mak dia je la yg uruskan...hahah
anak patung...???
anak patung x reti nak zikir cm si nazmi ni...
lagipun die x real la... pe la safwan..
Wow! Kecik2 dah pandai zikir. Pandai parents didik dia.
Note to self: Didik lah anak2 (kalau ada) dengan didikan agama Islam yang cukup dan kukuh.
By the way, good morals you have there especially the second one.
hanya mampu tegelak!! =D hehehehe =P
tp pandai bdak tue! =)
bro, aku seyes.. aku ulang,
bole x, aku nak anak, tp xnak bini..
tapi aku nak bini, tp xnak anak..
camne weh???
HEROICzero
kawin n amik anak angkat.
meaning: u akan ada isteri but bukan anak korg berdua
selesai x?
Post a Comment