Friday, December 11, 2009

Post ini ditujukan kepada budak kecik spesel di hati yang belum tahu membaca.

Seriously. Pok Wang rasa macam baru semalam mu keluar Nazmi.

Rasa macam semalam mak mu tunjuk gambar ultrasound mu, tunjuk gambar mu dalam perut mak mu. Doktor kata posisi mu tiap tiap kali dia ambik gambar mu, mu macam tengah sujud.

Rasa macam semalam Pok Wang tengok mu pakai baju penguin Che Aning bagi untuk mu. Rasa nak cubit2 je.

Rasa macam semalam mu menangis tengok Pok Wang. Pok Wang tak tahu pon sebab apa mu menangis tengok Pok Wang. Pok Wang besar sangat kot... Tak pon banyak jambang.

Rasa macam semalam mu sebut "bas eskepes" instead of bas ekspress.

...........

Sekarang, mu dah cuba solat. Walaupun rukuk mu belum belajar, janji sujud ada.

Sekarang, baju penguin mu dah tak muat. Tapi rasa nak cubit2 tu still ada.

Sekarang, mu dah tak menangis tengok Pok Wang. Nak bergusti pulak. Sakit tau Nazmi. Nak Auf... (Auf tu tiup tempat dia ketuk aku)

Sekarang macam macam mu dah reti sebut. Allahuakbar, Satu dua tiga sampai sepuluh, Air plane, Lori, macam macam lah. Nyanyi lagu Wonderpet pun boleh.


Sekarang mu dah tiga tahun.


From Slip of tongue


(Gambar Lama. Sekarang dia lagi kiut.)


Selamat Hari Lahir Muhamad Nazmi bin Muhamad Nazim.

Jangan nakal nakal. Jangan ikut sangat Pok Pih tu.




p/s: Sekarang menanti kedatangan Nur Muhamad Yaakob bin Muhamad Nazim. Nama mungkin berubah.

6 comments:

Syud said...

Nur Muhammad, nice name. macam name my senior back at high school. :)

hajar :: aisyah said...

safwan,
i almost shed into tears reading ur post. u sound more than a father to me. slamat menjadi uncle tahun ke-3


*happy birthday nazmi*

HEROICzero said...

nice one bro =)

Anonymous said...

oittt... sapa bagitau nama nur muhammad yaakob tu??....

isyk@#$%@^ pandai buat cerita

- ebeng

safwan said...

to syud: kan? tapi bila masuk yaakob tu.... cam nama org tua....

to hajar: dia cakap tengkiu auntie hajar.

to adil: thx..

to ebeng: hehehe... orang ade la sumber2 org...hehehe

pokpih said...

orang la pokcik terbaik dalam sejarah.. byk gile ilmu nazmi belajr ngan org. ado ni!