Saturday, May 2, 2009

Perkara perkara yang anda tak ambil tahu pun tak apa.

1. Bekas kekasih saya adalah :
Kimberly the Pink Ranger. Dia tinggalkan saya demi latihan Olimpik acara gimnastik tahun 1996. Tapi sampai sekarang tak pulang2. Abang abang Gimnastik lebih fleksibel mungkin.

2. Saya sedang mendengar :
bunyi kipas

3. Mungkin saya patut:
Bitch slap si puaka itu. Dia memang bangang.

4. Saya suka :
Makan Tako Tao perisa sotong kat Pasaraya Jusco terpilih seperti Sunway pyramid dan Jusco bukit Tinggi. Lebih lebih lagi kalau Tako tu baru 15 saat diangkat dari dapur

5.Sahabat-sahabat baik saya :
Dari segenap lapisan masyarakat.Pak imam ada, Bekas drug lord pun ada.

Dah bertaubat.

Lurus, Bengkang Bengkok, Cabang dua, Kompas Sesat, tak payah cerita lah. Tapi setakat ini belum pernah jumpa perogol bersiri.

6.Saya tak paham :
kenapa dia tak faham faham.

7.Saya kehilangan :
masa muda saya.

8.Ramai yang berkata :
saya ni ting tong sikit. Saya kata "thanks for the compliment."

9.Makna nama saya :
Si Ikhlas yang terpuji anak kepada bapa anak dara.

10.Cinta itu adalah:
Lampin. Bila tak ada dicari cari, bila dah dapat, dibuang buang.

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
Bercakap buruk tentang saya. saya harap mereka mati laju laju.

12.Saya akan cuba :
mengawal kemarahan dan mengurangkan perkataan carutan yang ditulis di dalam blog ini. Setelah menyedari blog ini juga dibaca oleh anak anak kecil belum mumayyiz, carutan harus dikurangkan.

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :

"I am shitting you."

Penjelasan = Nothing lasts forever. so I'm just shitting you. hahaha.

Alamak. Tercarut.


14.Telefon bimbit saya :

sudah usang.

15.Bila saya terjaga dari tidur :

Tu dia! pukul 11 pagi lagi subuh aku hari ni.

16.Saya paling meluat apabila :

seseorang berfikir dia bersifat maksum, hanya dia yang betul. Watafak son?

17.Pesta/Parti adalah :

Solat berjemaah. tu dia, adik kakak.

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :

beruang panda

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :

5 tahun.

20.Hari ini :

saya tak boleh tidur

21.Malam ini saya akan :

cuba habiskan menulis post sia sia ini dan dapatkan tidur yang cukup. Mungkin miss lagi subuh ni. Harap tidak.

22.Esok pula saya akan :

menjalankan aktiviti aktiviti hedonisme seperti mabuk mabuk teh tarik di restoran mamak berdekatan.

23.Saya betul-betul inginkan :

dia mati laju laju.

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :

Simon Cowell ke nih?

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :

Pusat membeli-belah yang ada arked permainan.

26.Makanan Barat atau Jepun :

Barat.

27.Bilik yang terang atau gelap :

Gelap.

28.Makanan segera adalah :

Heart Attack waiting to happen.

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?

"nanti kita ngumpat lagi eh?"

30.Siapa yang anda nak Tag?

Tagging sesiapa yang ada perkara perkara sia sia untuk diberitahu.

11 comments:

hajar :: aisyah said...

no. 24 xbley bla~ haha

kayNe said...

i thot u said nak kurngkan perkataan mencarut. 0.00009 secs berikutnya mencarot balik eh.

u suck dude!!
hahahha

kidding

Indescentdecendant said...

sye ade
sye ada!!!
fuh!!
aku volunteer nk buat nih

aina izyani said...

aku nak tag diri sendiri

the devil's tongue said...

how come u like panda bear??ooohh i see, you are a bruda bear..

erm, it seems that THINGS-THAT-YOU-DO-NOT-NEED-TO-KNOW tell me something..you're devastated..perhaps in counseling term(aku minor lit,however) resistance and ignorance of the client..

erm, what are you resisting of,dude?
erm, what are you ignoring of,dude?

by the way, since you are The Bizzare Foods host, what the hell Tako Tao something is??siap ade perisa2 plak tu...ape kejadah menatang tu???

better i'll try give a shot...erm,kdai mamak xjual ke??

safwan said...

to hajar:

blame it on my sis. dia buat stetmen itu.hahaha

to kayne:

ni la orang kata tak kuat iman. isk2.....

thx for the compliment. hahhaha

to jeng dan aina:

sila2!

to pene:

ni orang kata ego defense mechanisme in the form of projection to a safe target. I project my anger of a certain quarter to my writings.

Tako Tao ni bebola sotong ala2 jepun. Dalam tu ada sotong, sayur, dan disimbah sos jepun dan mayonis yang sangat lazat. bakal mendatangkan ketagihan melampau umpama rokok. Mamak takde jual.

qieynah said...

go go bruda bear...saya bukan sundal tp saya tetap mau buat tag ini....saya sukakannya...saya jua sukakan kamu...saya harap bukan saya yang dimaksudkan ktika kamu mahu seseorang mati laju2

awalliwauddin said...

salam.. aku mempunyai satu pendapat dr sume yang ko ckp. ramai org pd zaman skang yang suka menjaga tepi kain org tidak mengikut tampat. sampai bende yg xperlu die jge pun nk die jage. yang pelik nyer, nk jage tepi kain org len tp die blh ngumpat n ctr kat org len.. bingung2..

safwan said...

hmm.. biasa la tu...maybe dia rasa misi utama hidup dia adalah utk menabur pasir kat periuk nasik org len?

btw, welcome...

Diyana said...

You like takoyaki????? Me too!!!!

Really addictive and yummy and freshly made just the way I like it.

Makan 2 set confirm kenyang (at leats for me).

Takoyaki always leave a smile to my face, especially teh piping hot ones. Emm....

I want to go buy some later.

Ayda Abu Bakar said...

hey simon, rambut mu panjang dok lagi?
pls bojeng style randy jacksom pulok pasni hokeyyhhh!!!
hahahhahah