Thursday, January 29, 2009

Entri hina lagi sia sia

Nak tulis dalam bahasa melayu boleh? Dah lama tak tulis. Nanti janggal pulak.

************************************************

Cuti Tahun Baru Cina.

Tahun ni, aku balik ke rumah aku di Terengganu.

"Terengganu? Bukan rumah ko kat Johor ke?" <------------ anda mungkin sedang bertanyakan soalan ini.

Dah pindah dah.

Sekali lagi.

Dari Terengganu, ke Johor Bahru, ke Batu Pahat, ke KL, ke Terengganu balik, ke Senai Johor, ke Terengganu balik.

Lepas ni nak pindah ke Utara Terengganu. Mungkin hujung tahun ni atau tahun depan.

Gila banyak aku pindah randah kan?

Lepas kahwin sah sah la pindah lagi.

Nak pindah ke Langkawi boleh? Nak sangat beli coklat asing banyak2 dan naik kereta import yg terlepas dari cukai. Mungkin Ferrari yang dibeli dengan duit lukis sendiri.

Haish...

Kalau lah dia tak kisah aku chess nerd dan masih contact dgn aku...


************************************

Aku nak sangat update blog ni.

Dah siap susun dah secara kasar bakal entri yang baru.

Entri Jiwang.

Jiwang paling karat pernah aku tulis.

Bukan jiwang karat campur kelakar macam selalu, tapi pure jiwang karat.

Jangan gelak.

Nak sangat post.

Betul.

Tapi takut korang tak faham.

Sebabnya, bakal entri baru ni banyak kena mengena dengan Harry Potter.

Takut korang yang belum baca buku Harry Potter and the Deathly Hallows (buku akhir) tak faham pucuk pangkal entri aku.

Siap ada spoiler lagi.

Kalau ada peminat Harry Potter yang belum baca lagi buku last tu baca entri aku sah2 la diorang nak tempeleng aku laju laju. Hikmat Telapak Tangan Tanpa Bayang mungkin.

Itu satu.

Satu lagi, takut aku kena bahan.

Orang Terengganu kata, "buat mmampus". Double M di situ.

Haish...

***************************

Sebenarnya, aku tak tahu pun aku nak tulis apa. Ni sangat rawak(?). Apa aku fikir, aku tulis je. Sebab tu cam ala2 sampah sikit entri ni.

Lagipun, ilham susah nak datang kalo tengah demam 40 darjah celsius.

Harap2 turun berat badan aku barang 10 kilo. Hari tu demam seminggu turun dalam 6 kilo kot. 111kg ke 105kg.

Pastu naik balik 111kg dlm masa kurang 2 minggu lepas baik demam.

Dasar nafsu serakah.

*******************************************

Cukuplah aku merepek kala pagi hari.

Kepala pun tengah pusing. Tak boleh tengok monitor lama2. Demam kot.

Selamat Tahun Baru Cina.

Gong Xi Fa Cai. Shing Hei Kwai Ler (bunyi2 lebih kurang)

3 comments:

Indescentdecendant said...

Bkn Gong Xi Fatt Chai ke?
Fa with dubble T

Azie Nazri said...

demam lagi safwan?

hope ya get well soon!

:)

safwan said...

to jeng: ntah la... ku pon tak sure...

to azie: thx..!