Tuesday, June 29, 2010

Dear God #4

Ya Allah,

Kepada student2 kelas aku,

kepada student2 yang aku relief kelas,

kepada student2 yang bagi salam kepada aku time terserempak,

kepada student2 yang doakan aku,

kepada student2 yang salam cium tangan aku,

kepada student2 yang memerlukan bantuan-Mu,

Kau berikanlah mereka kefahaman para nabi, ilham para malaikat dan mudahkan urusan mereka menimba ilmu-Mu.


Dezisyen

Misi mustahil aku: Time naik pelamin berat badan aku mesti 75 kilo.


MESTI.


Jadi kepada future bini aku, sabar lah sayang. Takkan lari gunung di kejar. Hilang kabus nampaklah ia.


Monday, June 28, 2010

Untuk kamu yang PERNAH di hati.





Lagu ni saya rasa best. Tapi banyak benda yang Taylor Swift mention bertentangan dengan cerita kita.




Taylor Swift tu perempuan. Saya lelaki.

Taylor Swift cantik. saya muka macam orang pecah rumah.

Setting lagu ni Taylor Swift kat depan umah bf dia. Sekarang saya tengah picit keyboard Amir Hamzah sambil dengar lagu Taylor Swift Tim McGraw dari Qasidah Nuraisha.

Taylor Swift dengan bf dia selalu berdansa sampai tengah malam. Kita selalu borak2 je.

Taylor Swift dengan bf dia dalam lagu ni dah couple tiga tahun. Kita sangkut tengah jalan.

Taylor Swift dengan bf dia ada lagu Tim McGraw untuk remind diorang tentang date diorang. Saya tak tahu pun awak suka lagu apa.



Saya ni teruk kan?

Nasib baik kita sangkut tengah jalan.


Jadi saya buat entri ni dan bagi awak dengar lagu ni sebab saya tiba2 teringat kat awak, dengan harapan awak pun tiba2 teringat kat saya.


p/s: Jangan fikir bukan bukan. Tengok title balik.


Sunday, June 27, 2010

Dear God #3

Cikgu: Awak cikgu praktikum baru eh?

Aku: Ya. saya safwan.

Cikgu: Oh.. nama cikgu XXX. Dah tau dah ngajar kelas mana.

Aku: oh dah cikgu. kelas YYY.

Cikgu: HUIH! Kelas tu????

Aku: ha ah. kenapa cikgu?

Cikgu: Saya nak nasihat kat awak, jangan putus asa ya jadi cikgu?


Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah untukku urusanku dan lepaskanlah kekakuan lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku.

Monday, June 21, 2010

Tentang berat.

Tak sia sia aku kerja hari tu.

Satu bulan lepas, 110 kilo lebih berat aku.

sekarang 104 kilo. Agak aneh la jugak pernurunan tu considering aku kerja kat restoran fast food yg mana time break aku makan burger hari2.

Mungkin sebab hari2 aku kerja 12 jam lebih. Penat weh.

Sekarang tugas aku, maintain.

Kena kurangkan gula, lemak, minyak, dan makanan kolesterol tinggi.

Oh bulan puasa. Datanglah laju2.


Sunday, June 13, 2010

Perkara perkara yang seriusli aku tegah time order makanan kat kaunter.


Korang mesti selalu makan fast food kan?

Kalo tak pernah, tahniah. perut anda suci dari beribu ribu bahan kimia yang berbahaya tapi ada dalam makanan semata mata hanya untuk tambah shelf life dia.

Aku taknak cerita pasal benda alah tu, tapi aku nak share ngan korang beberapa perkara yang seriusli aku tegah time order kat kaunter. kalo korang buat benda benda alah ni kat mat/minah kaunter fast food tu, kebarangkalian 100% kau dah buat dia menyampah dan apa yang menghalang dia dari bagi tapak tangan laju laju k
at muka kau adalah manager yang akan potong gaji dia kaw kaw ho liao.



1)Buat lawak bodoh.


Baru berlaku tadi.


Customer: Nak aiskrim ni satu ye? BK Cone

Aku: satu BK cone ya?

Customer: Tak, bukan BK Cone, BK Cone (dia sebut /chone/)

Aku: ok satu BK Cone

Customer: kan saya kata BK Cone (lagi sekali dia sebut /chone/)


Bastard. Nak layan kau sorang je, dah 4 customer baru tunggu kat belakan. Kau ingat kelakar ke kau seksa aku?

Kalau nak buat lawak, pastikan kelakar. Indicator tak kelakar apa? senang je. Aku tak gelak.


2)Expect makanan serupa dalam gambar.

Ok. Aku tak nafikan la. memang aku pun expect seboleh bolehnya makanan aku serupa dengan gambar tu. Tapi within reason la. Kalau gambar dia memang sah2 mengarut contoh aiskrim kat gambar tu sos coklat dia cantik je cam gambar kat bawah ni:




retrieved from burger king website:www.burgerking.com.my



Kau expect aku yang disuruh guna ladle untuk tuang sos coklat tu boleh ke buat aiskrim cantik camni, syaitonnnn??


3) Undecidable syndrome.

Menu kat atas kepala aku besar kan?

Kalau aku hempuk kat kepala kau pun bole arwah kan?

jadi untuk elakkan aku tunaikan fantasi aku kat kau, sila decide order laju laju. kalau boleh, decide sebelum masuk beratur. kalau dah sampai turn kau untuk aku amek order, and time tu la kau baru nak tanya Bang Long nak aiskrim apa, Kak Ngah nak ais krim apa Tok Nek senggugut takleh makan aiskrim, memang aku rasa nak celup jari aku dalam aiskrim kau.

kau ingat best ke nak layan kerenah kau? selalunya kes ni akan menjurus kepada Perkara Ke-Empat. Kira ala ala combo la ni.


4) Tukar tukar order.

Aku tak tau la sistem fast food restaurant lain macam mana, tapi kat tempat aku, kalau kau cancel order, aku kena amek kad dari manager, swipe benda alah tu kat cleavage komputer dia and baru bole cancel order. (Cleavage eh orang panggil? ah persetankan.)

Itu tak menjadi masalah untuk crew counter makanan ruji yang manager selalu lepak kat situ time peak hour. Masalahnya aku dessert counter berada kat di hujung dunia. Depan sekali. Oh sumpah tak fun kalau kena keluar kaunter, lari laju2, swipe benda alah tu kat cleavage komputer, return kad tu laju laju, and tau2 kau cancel order lagi sekali. Macam mintak penampar kan?


5) Pencuri tisu, gula, creamer dan garam.

Aku penat penat lipat dua tisu 4 bungkus dari pukul 10 sampai 11, kau order satu ais krim kon pastu bedal tisu sampai lima helai tu dah kenapa lahanat??

Tak sayang kat alam sekitar ke??

Lagi satu, kau order cone je kot. CONE!!! bukan burger! kalau burger memang understandable la kau nak sampai lima tisu. Aku makan pun kadang2 sampai enam. tapi satu cone aiskrim?

Kat rumah tisu deprivation eh?

Untuk kes gula, creamer dan garam, aku tak faham kenapa kau kena amek gula satu genggam, creamer satu genggam untuk bancuh secawan kopi. Time ni aku tak start keja lagi.

Selalu aku pegi McD time breakfast memang kerap berlaku.

Teruk sangat ke bekalan gula putus sampai kau seludup keluar gula dari McD? Ke kau jual balik gula tu kat pasar? Demit. Evil sial kau.

Ingat la customer lain pun nak guna....



Ni la antara perangai2 yang aku paling menyampah sepanjang aku kerja kat dessert kaunter. seriously. Rasa nak bagi kelemumur je kat dalam aiskrim orang2 yang buat benda2 alah ni. diorang tanya ni apa, aku cakap ni rice flakes. Manager derma. (Tetiba petik nama manager). Sabo je la aku nak tahan lagi seminggu mengadap orang2 camneh.

Kalau kau ada pengalaman jadi crew counter dan ada benda2 lain nak dikongsi, tambah la. Bole ngumpat.


Wednesday, June 9, 2010

.................................

Sebab kte tau mungkin anda akan suka.



Jangan nakal2. haha. Tiba2.


Sunday, June 6, 2010

Kepada You

Can't believe I forgot your birthday.

Happy belated birthday

Wherever you are.




Seems like it was just yesterday that we first met.



Mak cik, jangan nakal2. Should California rains, go to Boston.


Friday, June 4, 2010

Perkara random

Habis shift kerja.

Hari ni opening shift. Sumpah tak fun. Bukak2 je kaunter ada tourist from India. Sorang dua takpe. satu bas.

SATU BAS.

Nasib baik order ais krim kon je 27 bijik.

kalo order campur2, memang aku carutkan je diorang tu.

tapi ais krim kon 27 bijik cam nak patah jugak la pinggang aku. dok nonggeng kat mesen ais krim tu pastu pusing2 kon.

oi! kon aiskrim la. bukan kon tu.

grrrr...

fast forward, kol 4 petang, aku abih kerja.

malas nak balik, so aku lepak kat tingkat satu klcc.

ala.. yang suma kedai mahal2 tu.

chopard, salvatore ferragamo. burberry, fendi jadah suma tu la.

tak beli pun. saja tgk2.

gila ke nak beli. aku jadi hamba diorang pun tak langsai hutang beli barang kat situ.

tgh2 jalan, ternampak designer watch smart nak mampus.

Patek Philippe.

Siyes shet smart gila.

tanda harga diorang sorok kat celah2 clasp jam tangan tu. ala... celah2 buckle dia la.

walopon diorang sorok, aku ternampak la jugak. diorang sorok tak betul2.

Rm 47 500 siot.

boleh beli kereta tu.

demit.

tengah2 aku tgk jam tu, aku perasan ada laki melayu baya2 bapak aku masuk. dressing sempoi je. smart tapi simple.

dari luar, aku tgk je pakcik tu.

dia tengok lebih kurang, test pakai lima enam pasang,

dia beli dua.

Dua siot.

Dia beli dua pasang jam Patek Philippe yg purata harga dia satu Rm40 riban.

Pergh. kagum la jugak.

Kalo aku, walopon aku ada duit banyak gila sampai aku kena bakar duit tu utk bagi ruang untuk duit lain, sumpah aku tak beli benda2 camtu.

Demit, ko nak tengok sekarang pukul berapa je kot. nak beli jam tangan sampai berpuluh2 riban tu dah kenapa?

Pada aku, kalo nilai jam tu puluh2 ribu cam tu, di samping bole bagitau masa, hari, bulan apa dan berapa haribulan, aku expect dia bole predict future aku.

Sapa bini aku, berapa orang anak, kereta apa aku pakai nanti.

Thursday, June 3, 2010

I miss Amir Hamzah.......

I miss Qasidah Nur Aisha..........

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



Tuesday, June 1, 2010

i really really should start a habit of carrying a pen with me wherever i go

lots of things came to my mind but as i stare into this friggin monitor, it all came out as a blank.

Watafak.