Sunday, June 13, 2010

Perkara perkara yang seriusli aku tegah time order makanan kat kaunter.


Korang mesti selalu makan fast food kan?

Kalo tak pernah, tahniah. perut anda suci dari beribu ribu bahan kimia yang berbahaya tapi ada dalam makanan semata mata hanya untuk tambah shelf life dia.

Aku taknak cerita pasal benda alah tu, tapi aku nak share ngan korang beberapa perkara yang seriusli aku tegah time order kat kaunter. kalo korang buat benda benda alah ni kat mat/minah kaunter fast food tu, kebarangkalian 100% kau dah buat dia menyampah dan apa yang menghalang dia dari bagi tapak tangan laju laju k
at muka kau adalah manager yang akan potong gaji dia kaw kaw ho liao.



1)Buat lawak bodoh.


Baru berlaku tadi.


Customer: Nak aiskrim ni satu ye? BK Cone

Aku: satu BK cone ya?

Customer: Tak, bukan BK Cone, BK Cone (dia sebut /chone/)

Aku: ok satu BK Cone

Customer: kan saya kata BK Cone (lagi sekali dia sebut /chone/)


Bastard. Nak layan kau sorang je, dah 4 customer baru tunggu kat belakan. Kau ingat kelakar ke kau seksa aku?

Kalau nak buat lawak, pastikan kelakar. Indicator tak kelakar apa? senang je. Aku tak gelak.


2)Expect makanan serupa dalam gambar.

Ok. Aku tak nafikan la. memang aku pun expect seboleh bolehnya makanan aku serupa dengan gambar tu. Tapi within reason la. Kalau gambar dia memang sah2 mengarut contoh aiskrim kat gambar tu sos coklat dia cantik je cam gambar kat bawah ni:




retrieved from burger king website:www.burgerking.com.my



Kau expect aku yang disuruh guna ladle untuk tuang sos coklat tu boleh ke buat aiskrim cantik camni, syaitonnnn??


3) Undecidable syndrome.

Menu kat atas kepala aku besar kan?

Kalau aku hempuk kat kepala kau pun bole arwah kan?

jadi untuk elakkan aku tunaikan fantasi aku kat kau, sila decide order laju laju. kalau boleh, decide sebelum masuk beratur. kalau dah sampai turn kau untuk aku amek order, and time tu la kau baru nak tanya Bang Long nak aiskrim apa, Kak Ngah nak ais krim apa Tok Nek senggugut takleh makan aiskrim, memang aku rasa nak celup jari aku dalam aiskrim kau.

kau ingat best ke nak layan kerenah kau? selalunya kes ni akan menjurus kepada Perkara Ke-Empat. Kira ala ala combo la ni.


4) Tukar tukar order.

Aku tak tau la sistem fast food restaurant lain macam mana, tapi kat tempat aku, kalau kau cancel order, aku kena amek kad dari manager, swipe benda alah tu kat cleavage komputer dia and baru bole cancel order. (Cleavage eh orang panggil? ah persetankan.)

Itu tak menjadi masalah untuk crew counter makanan ruji yang manager selalu lepak kat situ time peak hour. Masalahnya aku dessert counter berada kat di hujung dunia. Depan sekali. Oh sumpah tak fun kalau kena keluar kaunter, lari laju2, swipe benda alah tu kat cleavage komputer, return kad tu laju laju, and tau2 kau cancel order lagi sekali. Macam mintak penampar kan?


5) Pencuri tisu, gula, creamer dan garam.

Aku penat penat lipat dua tisu 4 bungkus dari pukul 10 sampai 11, kau order satu ais krim kon pastu bedal tisu sampai lima helai tu dah kenapa lahanat??

Tak sayang kat alam sekitar ke??

Lagi satu, kau order cone je kot. CONE!!! bukan burger! kalau burger memang understandable la kau nak sampai lima tisu. Aku makan pun kadang2 sampai enam. tapi satu cone aiskrim?

Kat rumah tisu deprivation eh?

Untuk kes gula, creamer dan garam, aku tak faham kenapa kau kena amek gula satu genggam, creamer satu genggam untuk bancuh secawan kopi. Time ni aku tak start keja lagi.

Selalu aku pegi McD time breakfast memang kerap berlaku.

Teruk sangat ke bekalan gula putus sampai kau seludup keluar gula dari McD? Ke kau jual balik gula tu kat pasar? Demit. Evil sial kau.

Ingat la customer lain pun nak guna....



Ni la antara perangai2 yang aku paling menyampah sepanjang aku kerja kat dessert kaunter. seriously. Rasa nak bagi kelemumur je kat dalam aiskrim orang2 yang buat benda2 alah ni. diorang tanya ni apa, aku cakap ni rice flakes. Manager derma. (Tetiba petik nama manager). Sabo je la aku nak tahan lagi seminggu mengadap orang2 camneh.

Kalau kau ada pengalaman jadi crew counter dan ada benda2 lain nak dikongsi, tambah la. Bole ngumpat.


11 comments:

ayunimadarina said...

hahaha.

bear, ilove this writing !

enough said. oh, happy working btw, !

P/s: word verification kt bawah ni is "DERSERST" hoohoh.

Afnan Zainudin said...

hahaha.....lucu gilo....weh, mu kijo mcd ko?? ko Raja Burger?? pergh...kuwak mu cari duit teh...kagum ambo...

erm, meme ah supo mu oyak tuh, tapi aku nok share pengalame aku kijo kat restoren but not fast-food outlet r..

xtau r aku rajin oyak ko dop ku mu b4 but i'll tell it anyway:

aku keje jadi waiter time tu( baru je stat kijo). then, there's one person ngan gewe dio asked me:

abe koya: dik, nok western duo, wak kure pedah deh..oh dih, bukuh deh western tu...

aku: dale hati la..wei jubo, aku tahu la gewe mu udoh, xpyh bajet stylo r...western tu general term la bodo..mari kapong mano la darak tumo nih....

2 kali tu dio oyak WESTERN...confident jah nate nih...

g2 la scaro rikahnyo...ni sero nok tulih blog jgk pengalame aku time kijo kda make dulu....

zawani badri said...

hahaha :D tp terasa la aku amek sudu kacau kopi kat mcd buat penanda buku. huhuhu.

nak share cita kawan ak yang keje kat mcd. ada sorg customer nie pernah datang mintak nasi goreng dengan teh tarik kat kounter mcd. bile cakap xde dia kata "ada saya bau nasi goreng dari jauh lagi."

Pana Sensei said...

rice flakes tu kelemumur kau?
kalau tabur2 coklat kecik2 hitam tu, mesti kau punya kutu kepala kan?


tapi aku memang expect kuantiti makanan sama macam dalam gambar..
selalu benda ni jadi..
aku pergi makan di Ichiban Ramen di Sunway..
dalam gambar tunjuk 3keping tembikai..
dia bagi 2keping..
terus aku panggil waiter, minta tambah lagi satu..
pastu hari lain, aku suruh budak laki ni (baru kerja kot) tambah lagi satu,
dia kata saiz tak sama..
pala hotak dia..serupa je nipis dia..tak da beza 3inchi pun tebal dia..
pastu dia tak nak buat, aku panggil manager, tambah lagi satu tembikai..
lain kali kalau nak bagi dua, tukar gambar tu jadi dua tembikai saja..

safwan said...

to teddy:
thanks teddy!


to afnan:

koho koho jah... tok la supo demo...

haahahha! siyes eh dio oyak gitu??? hahahahhaha!


to wani:

oh itu takpe. waiter2 memang suka alat2 serve makanan dimanipulasikan untuk jadi bahan menuntut ilmu. hahaha :D

hahahahhahaha! orang tu memang layak la kena tapak sedas dua...hahhaa

to pana:

oh tak. tu daki celah2 ketiak aku.

huhu... fight for your right pana! haha..

HEROICzero said...

hahaha sumpah lawak.. sabar bai.. rilek.. lepak jom lepak~

Fyda said...

hahaha nice...
btw, i penah keje kat mcd thn 2006..after spm. as cashier kat mknn ruji.hahah

kalau nk cite mmg xckup la kat sni.
tp ade antara pengalaman2 yg dialami;

aku sbg pengambil order mgmbil order seperti biase pd suatu hari ketika aku dpt sorang customer ni, dia keje kat starbucks area mcd aku keje. sambil2 amik order, dia mintak no tepon, lalu aku pn dgn spontannye bg no delivery mcd. dah abis aku amikkan order, dia ckp okey trimas. nk no tepon?xabis2..sebelum customer jd rmai tggu kat blkg, aku pn panggil jela customer lain, tp mamat tu leh stay kat tepi smbil kacau lg.(agak tension gak sbb aku time ni baru sgt2 keje so mcm tak tegas sgt nk suruh customer lain dtg mintak order, jadinye customer starbucks tu dok tunggu je smpai aku nk bg no btol. aku fikir tu da dikire buli huhu. nsb baik manager faham dan kenal gak ngn budak starbucks yg saje nk test aku yg baru keje time tu T.T tp nsb baik kene puji ngn manager sbb respon ngan bg no delivery mcd :) )

lg satu plak, ade perempuan cina dlm 30-an yg bajet fussy ! aku amik order mcm biase dan bg makanan mcm biase. mula2 beliau complaint chicken foldover (rndu nk makan cfo nih!) da sejuk, dia nk yg baru, okla..so mntak dia tggu jap la sebelum aku hanta.tu pn bising2 sbb kne tggu.xpela.hak dia.pastu yg mcm xboleh blah dia still mcm xpercaya plak, leh tnye ni yg baru ke? betol ke yg baru? blablablapotpetpotpet ape ntah dia ckp da xingt.yg pnting aku sgt pissed off , klau tu hak pengguna knape aku nak rase pissed off kan..melampau sgt la cmtu :(
kemudian, dlm kes yg same ngn perempuan tu, dia leh g kat tmpt fries dan ckp kat pekerja yg ade kat situ, mcm bg ceramah plak,dia yg fries dia mcm xde rase, korang patut kne letak garam tu btol2 ni xde rase pun blablabla(sekali lg xingt sbb dh lme kan)then pekerja kat situ ckpla dah letak, kitorg mmg akan ikut procedure la kan, tp dia mcm wat muke xpercaya n xpuas hati. erk?? dia ni apsal la sgt??dia sape??xkan customer yg myamar nk test pekerja tu kot??klau ye nape manager pn bengang ngan dia?nsb baik dia xsuro tnjuk demo cmne kitorg letak garam.adeh.
aku rase dia patut apply la jadi mcd nye manager ke..
akhir skali, dia pn berlalu cmtu je pas da siap mkn licin sume meal dia.haizz

tu jela yg dpt dikongsi setakat ni. ok ke?sbb ade byk je cuma xingt sgt butir2 nye ape.almaklumlah dh lama kan. so far yg byk karenah yg aku jumpe pn time keje banquet kat hotel la.yela..hotel kan..cuma ade sstgh tu jela yg mcm ridonkeylous ..ingt kte ni dayang kat syurga kot..hehe

just sharing kaay.. ngee~

.Cik Nana. said...

eyh..dlm consumer protection act 1999..
ckp yg sebenar kene sama dgn description..hak3..
kalau x ley claim for damages :P

safwan said...

to adil:

dah aku nak start praktikal baru kau nak ajak lepak kan? siot.

to fyda:

aku suka kau punya analogi. "macam dayang di syurga." Epic siot! haha

to nana:

claim damages anda mmg la kitorg bagi balik. siap buat baru lagi. tapi prepare la perut anda dengan air/aiskrim dicelup jari dan ludahan2 kahak.

Evil tak aku? haha.

I.am.me said...

hahahah...teringat g kenny rogers ari tu..spring drink yg aku order tu x same langsung dgn menu..dlm menu kemain cantik..skali smpai mcm order fresh oren kt mamak jah...siott...dh la kepoh psal kupon kan...

Diyana said...

1) That one memang tak boleh tolerate. I would just say, "Haha! Very funny. Here's your ice-cream, now git!" If only I own that place.

2) I used to believe that until I read an article that 'food' that you see in photos is not actually food. For all you know, that ice-cream could be a plasticine with motor oil or water colour since they could stand the heat and environment (with plenty of lighting and stuff) and sprayed with some chemical to brighten it up.

3) I have that disease but it's not serious. But, one thing that annoys me is that, when I order for someone, bila dah buat order, time tu lah orang tu nak tukar. Aish!

4) Yeap, very annoying. So, I would make a point to stick to my order.

5) Oops. Guilty as charged on the salt and pepper. Last week, I was having some fries with my family at McD, London. After finishing my fries, I decided to get some tissues. Let's just say that I took a few 'extras' because I was having a bad cold and we were in a hurry to catch a theater.

Anyway, seriously? I order ice-cream selalu tisu sehelai je.