Friday, June 4, 2010

Perkara random

Habis shift kerja.

Hari ni opening shift. Sumpah tak fun. Bukak2 je kaunter ada tourist from India. Sorang dua takpe. satu bas.

SATU BAS.

Nasib baik order ais krim kon je 27 bijik.

kalo order campur2, memang aku carutkan je diorang tu.

tapi ais krim kon 27 bijik cam nak patah jugak la pinggang aku. dok nonggeng kat mesen ais krim tu pastu pusing2 kon.

oi! kon aiskrim la. bukan kon tu.

grrrr...

fast forward, kol 4 petang, aku abih kerja.

malas nak balik, so aku lepak kat tingkat satu klcc.

ala.. yang suma kedai mahal2 tu.

chopard, salvatore ferragamo. burberry, fendi jadah suma tu la.

tak beli pun. saja tgk2.

gila ke nak beli. aku jadi hamba diorang pun tak langsai hutang beli barang kat situ.

tgh2 jalan, ternampak designer watch smart nak mampus.

Patek Philippe.

Siyes shet smart gila.

tanda harga diorang sorok kat celah2 clasp jam tangan tu. ala... celah2 buckle dia la.

walopon diorang sorok, aku ternampak la jugak. diorang sorok tak betul2.

Rm 47 500 siot.

boleh beli kereta tu.

demit.

tengah2 aku tgk jam tu, aku perasan ada laki melayu baya2 bapak aku masuk. dressing sempoi je. smart tapi simple.

dari luar, aku tgk je pakcik tu.

dia tengok lebih kurang, test pakai lima enam pasang,

dia beli dua.

Dua siot.

Dia beli dua pasang jam Patek Philippe yg purata harga dia satu Rm40 riban.

Pergh. kagum la jugak.

Kalo aku, walopon aku ada duit banyak gila sampai aku kena bakar duit tu utk bagi ruang untuk duit lain, sumpah aku tak beli benda2 camtu.

Demit, ko nak tengok sekarang pukul berapa je kot. nak beli jam tangan sampai berpuluh2 riban tu dah kenapa?

Pada aku, kalo nilai jam tu puluh2 ribu cam tu, di samping bole bagitau masa, hari, bulan apa dan berapa haribulan, aku expect dia bole predict future aku.

Sapa bini aku, berapa orang anak, kereta apa aku pakai nanti.

4 comments:

HEROICzero said...

FIRST~!!

ala, jam. aset kot. ape org kate... investment? keh3x

axer713 said...

eleh... skang ko x kaya lg, ko boleh ckp la x nak buang duit bli brg2 biase dgn harga yg mahal cenggitu.

Bile time dah kaye nanti, baju pakai ari2 ko yg sepatutnye murah dan selesa pon bertukar plak ke kulit beruang... btol x...safwan bear ?

Syahid said...

Tak kagum langsung dengan pakcik tu. Tapi kalau dia sedekahkan jumlah tu kat surau-surau buruk yang asek tade peruntukan kat Malaysia ni mungkin aku akan rasa kagum.

Sori aku jalan-jalan kat sini.

safwan said...

adil: investment..... bek aku invest emas. naik tak kurang2.

azim: huh takde makna. prinsip aku prinsip pragmatik. asal bole pakai je.

syahid: mana tau surau2 kat area umah dia dah ada air con hasil sumbangan dia? sapa tau. huhu