Friday, October 9, 2009

Si Bangang, Si Jahil dan Pakcik yang Wise.

Arakian bermula satu ceritera dahulu kala, hatta Si Jahil tengah drive MALAM MALAM dari Ampang ke Shah Alam ikut MRR2, terlihat olehnya minyak dah cecah E, maka Si Jahil hinggap sebentar di Stesen Minyak Esso Cheras.

Hatta dijadikan ceritera, Si Jahil terlupa duit dah takda, so dia withdraw dalam Esso. Semasa tunggu turn withdraw di ATM, ternampaklah oleh Si Jahil akan Si Bangang bersama aweknya tengah isi minyak. Si Bangang operate pam, awek Si Bangang dok lepak dalam kereta.

Si Bangang itu berambut seperti ayam. Pakai sunglasses tengah tengah malam. Dalam hati Si Jahil, berkata olehnya "Jahil jahil aku pon takde la bangang cam Bangang tu pakai sunglasses malam malam. What the funk kan? Kesian awek tu. Ko hot tapi jantan ko otak dia tiga suku. Tak center lak tu. Baik la ko kapel ngan Muhamad Safwan. Sah sah lah hidup ko bahagia pastu. Dah la hensem. Sigh~"

Si Jahil terus perhati Si Bangang isi minyak. Si Jahil terdengar bunyi "dush" kat pam Si Bangang. Dah abis isi la tu.

Si Jahil masih scanning lagi awek si Bangang.

Tiba tiba, Si Bangang masuk dalam kereta, dengan pam masih dalam tangki minyak kereta, dia masuk gear satu dan terus chow.

POM!!!!

Bunyi salur pam minyak putus. Hatta saki baki minyak dalam salur tumpah menyembah bumi. Si Bangang terpinga pinga.Keluar teruslah akan dia dari kereta, cabut pam dari tangki kereta, taruk balik dekat pam tu, dan terus blah macam takde apa apa. Awek dia gelak gelak.

"Dah memang bangang tu bangang la jugak....Sabor je la....Seriously, awek Si Bangang, pintu hati Muhamad Safwan terbuka luas untuk kamu." Si Jahil bermonolog, simpati terhadap awek Si Bangang.

Hatta setelah kira kira sepuntung rokok lamanya, Si Jahil setel withdraw duit, bayar minyak kat kaunter dan terus pegi kereta nak isi minyak.

"Shit. Jauh la pulak pam ngan tangki. Kena ejas sket ni."

Teruslah si Jahil masuk dalam kereta, nak ejas parking. Gopoh benar Si Jahil nak adjust parking, dia terlepas clutch laju laju. Kereta melompat, enjin mati.

Kunci dipulas. Enjin tak hidup. Langsung takde spark.

Sekonyong konyong, kunci turun, Alarm trigger, dan berbunyi kuat nak mampus. Enjin masih tak hidup. Spark takde.

"Dah la kat kunci kereta memang takde remote alarm. Dah rosak 3 tahun dulu. Camne nak betulkan?" Dia menyumpah nyumpah dalam hati. Si Jahil memang Jahil bab bab kereta.

Hatta Si Jahil buat muka puppy eyes attack ala2 Shin Chan nak mintak biskut beruang dari Misae dengan harapan ada manusia hati mulia nak menolong insan Jahil tapi hensem itu.

Tapi, harapan hancur berkecaian. Si Jahil sedar, Chivalry is dead. Si Jahil mencari cari calon sesuai untuk minta tolong.

Hatta terlihat olehnya seorang pakcik tua. Satu hari lagi, cukup seratus tahun umur pakcik ni kalau di tenung gayanya.

"Pak Cik, boleh tolong saya? Saya tak reti...." Si Jahil merintih meminta tolong. Tapi di sudut hati memang tak percaya pakcik ni boleh tolong ke tidak. Dah lah tua, tengok gaya macam rumah dia dah kata pegi, kubur kata meh la lepak sini.

Hatta akubat kasihan akan Si Jahil, Pak cik itu mintak kunci kereta si Jahil. Si jahil bagi kunci. Pak Cik itu hatta masuk dalam kereta, tekan satu punat hitam kecil bawah stereng, sambil start kereta. Alarm stop bunyi, enjin terus hidup.

Macam magik.

"Tu alarm override switch tu jangan lupa letaknya mana. Next time if it happens again buat la macam pakcik buat tadi."

Lalu Pak Cik terus blah.

Si Jahil rasa bersalah. Dia tengok pakcik tadi sebelah mata. Rupa rupanya dia sebalik urat urat tua yang makin keras, tulang yang makin reput, dia menyimpan seribu ilmu. Siap Code Mixing English and Malay language tu.

Lagi satu Si Jahil sedar, Tuhan balas cash dosa Si Jahil mengumpat Si Bangang sorang sorang.....

P/s: Entri ni merepek. aku tau. update semata mata nak update.

5 comments:

Anonymous said...

kenape si Jahil berperangai bangang, dan si Bangang berperangai jahil..?

-Adil

Pana Sensei said...

wey.. ape jadik kat pam yg tecabut dak bangang buat tu? tak bahaye ke?

cepat dpt balasan..sangat2 bagos sbb cpt sedarkan dri kite kan..
better dr dpt balsan dlm kubur..
(oo, ni bkn perli ko sbb ak pon rase penah rase..)

ayunimadarina said...

huhuhu.

it carries a very deep meaning bear.

deep.

safwan said...

to adil:

dunia dah terbalik.

to pana:

si Jahil kata minyak kuar dari salur dia je. sikit je la. cabut terus getah dia panjang 5 meter lebih tu.

to teddy:

Deep ke? aku pon tak faham apa aku tulis. tgh mamai time tulis ni.

Anonymous said...

Biasalah orang-orang muda ni ingat orang tua bodoh padahal org muda le yang bodoh. Dah lah bodoh sombong plak tu