Wednesday, March 31, 2010

Now it hits me

On the way to Section 18, with her and a couple of friends.


Me: Awak, dah dengar single Ne Yo yg baru?

Her: Lagu apa?

Me: Single. Lagu tu nama dia Single.

Her: Tak... Taknak lah. Kite da tak single kan. :)


Huih.

Stetmen awak buat saya terbang. Hihihi.







p/s: Just nak double check, dengan saya ke, awak? Hehehehe~



Saturday, March 27, 2010

LOL



I wish I was this cute when I started learning how to pray. Too bad I wasn't. Sigh....

Thursday, March 25, 2010

hmmmm

Aku rasa aku dah gila.

Tak tak


Bukan gila cinta gila talak atau apa apa gila lain

literally gila.

Like schizophrenia psychosis punya gila.

Demmit.



Halusinasi.







Imaginasi






Nasi








Nasi dagang

Lalalalalalalalalalalallllllllllaaaaaaaaaa~




Nampak tak dia?



Ini untuk awak #2

Awak,


Tau tak, ada dua perasaan ekstrim yang selalu saya rasa hari hari.


Perasaan ekstrim pertama:

Saya rasa gembira yang sangat ekstrim bila kita jumpa. Bahan each other sama sama, makan2, gelak2, oh rasa macam kalau saya mati time tu pun tak pe. Saya suka tgk awak gembira. Awak gembira, saya pun gembira. Hati saya melompat lompat tau.



Perasaan ekstrim kedua:

Saya rasa sedih yang sangat ekstrim after kita jumpa. Paling sedih time saya hantar awak depan rumah awak. Sebab saya kena tunggu lagi berjam jam baru dapat jumpa lagi. Serius tak best menunggu.


Dengan nada dan muka yang sangat serius, saya katakan yang awak tak pernah lekang dalam otak dan hati saya. Serius ni.

:)


p/s: pokpih dan kekda, sila simpan modal bahan anda tatkala kita jumpa. roar.

Friday, March 19, 2010

Ini untuk awak

Walaupun Kekda, kakak saya dah naik muak dengan tulisan2 jiwang saya,

Walaupun Pok Pih, adik saya berkali kali bahan saya sampai saya takde bahan nak bahan dia balik,

Walaupun Kak Yuni, kakak ipar saya akan muntah hijau dengan tahap jiwang post ni,

Dan dengan tulis benda ni saya akan menambah lagi darjat kemeluatan diorang terhadap kejiwangan saya,

Tetap saya nak tujukan lagu ni untuk awak.

Hanya awak sorang.

Dengan harapan awak pun rasa yang sama kat saya.





:)

Sunday, March 14, 2010

Aku sayang mak bapak aku

Tengah jalan jalan ngan mak bapak aku.

Bapak aku berkeras nak jalan sendiri. Taknak naik kerusi roda.

Memang dia selalu camtu. Gigih.

Dengan muka berkerut kerut, dia tahan sakit berjalan.

Lutut ketar ketar, jalan huyung hayang. Tulang dah reput.

Laju laju aku sambar tangan kiri dia, aku hayun atas bahu aku, aku pimpin dia jalan.

Perlahan lahan langkah kami susun.

Perlahan lahan kami tinggalkan kerusi roda di belakang.

Sikit sikit kami bergerak ke depan. Dan kami berjalan.

Berjalan

Berjalan.


*********************


Mata terbuka.

Mak bapak aku tak ada kat sebelah.

Cepat cepat aku ambik telefon, tekan speed dial no 2. nombor mak aku.


Aku: Mak, wang rindu mak. Mak sihat?

Mak: Sihat. Wang ok kat sana? Tengah buat apa?

Aku: Sihat mak. Baru terbangun tido. Termimpi ayah guna kerusi roda. Ayah sihat kan mak? Lutut dia ok kan?

Mak: Ayah sihat la. Tu la. org kata jangan tido time Asar. Mimpi mainan syaitan. (dan bersambung syarahan buat 2 minit lebih kurang)


Tak kisah lah mak aku nak bersyarah. Dari situ aku pun tau dia pun rindu kat aku. Cuma cara dia sebut yang berbeza.

Friday, March 12, 2010

Ucapan Kongratulasi

Kongratulasi kepada adik aku, Faridah Hanim binti Abu Bakar kerana dapat 9a1 1b3 untuk SPM exam.

Aku bangga ngan kau. serius.

Good luck kat UTP.


p/s: Aku nampak je garang and brutal ngan kau, tapi dalam hati aku ada taman weh.

Friday, March 5, 2010

Cinta itu rintangan kita.




Safwan bongok.

Esok test classroom management patutnya baca la.

Ni pegi replay lagu ni sampai muntah.

Nak wat camne?

Best dow.

Monday, March 1, 2010

dear you

I really really wished that our last goodbye were for the right reasons.