Sunday, March 14, 2010

Aku sayang mak bapak aku

Tengah jalan jalan ngan mak bapak aku.

Bapak aku berkeras nak jalan sendiri. Taknak naik kerusi roda.

Memang dia selalu camtu. Gigih.

Dengan muka berkerut kerut, dia tahan sakit berjalan.

Lutut ketar ketar, jalan huyung hayang. Tulang dah reput.

Laju laju aku sambar tangan kiri dia, aku hayun atas bahu aku, aku pimpin dia jalan.

Perlahan lahan langkah kami susun.

Perlahan lahan kami tinggalkan kerusi roda di belakang.

Sikit sikit kami bergerak ke depan. Dan kami berjalan.

Berjalan

Berjalan.


*********************


Mata terbuka.

Mak bapak aku tak ada kat sebelah.

Cepat cepat aku ambik telefon, tekan speed dial no 2. nombor mak aku.


Aku: Mak, wang rindu mak. Mak sihat?

Mak: Sihat. Wang ok kat sana? Tengah buat apa?

Aku: Sihat mak. Baru terbangun tido. Termimpi ayah guna kerusi roda. Ayah sihat kan mak? Lutut dia ok kan?

Mak: Ayah sihat la. Tu la. org kata jangan tido time Asar. Mimpi mainan syaitan. (dan bersambung syarahan buat 2 minit lebih kurang)


Tak kisah lah mak aku nak bersyarah. Dari situ aku pun tau dia pun rindu kat aku. Cuma cara dia sebut yang berbeza.

6 comments:

hajar :: aisyah said...

:)


i miss my parents more

fitriah said...

:)

HEROICzero said...

:)

missyonne said...

cantik :)

safwan said...

to hajar:

who doesn't? :)

to fitriah, adil, and teddy:

Thanks.... :)

axer713 said...

kagum aku ngan mu wang...