Thursday, August 13, 2009

10 Perkara Orang Tak Tahu Pasal Saya Time Kecik kecik

Tagged from Midin. Since he did it in Malay language, it is only appropriate that I do the same. But I don't think I can recall my childhood as vividly as he could. So I put 10 stories instead.

1) Masa kecik2 time aku 5 tahun, bapak aku, Encik Abu Bakar cuba masukkan aku kat Tadika Yayasan Islam. Tapi bila dia cuba kejutkan aku untuk bangun pagi, aku akan meraung raung taknak pegi sekolah. Sampai sekolah pun aku meraung jugak. Cikgu ngajar huruf A aku meraung lagi kuat. Cikgu time tu tak tahu nak buat apa. Bapak aku last last tak masukkan aku pegi tadika time umor 5 tahun. Yes!

2) Time aku 6 tahun, dia cuba sekali lagi nak masukkan aku ke tadika. Aku buat benda sama. Meraung raung. Tapi kali ni bapak aku bersedia. Bila aku menangis2 tak nak pegi sekolah, dia buat tak tau. Sumpah menyampah time tu. Aku pegi tadika umur 6 tahun dengan perasaan penuh benci.

3) Sebab aku bencikan pegi sekolah time tu, aku cuba cari setiap kesalahan dalam tadika tu untuk buat bapak aku keluarkan aku dari tadika tu. Bapak aku pernah dapat call dari cikgu tadika, dia kata aku tengking budak budak dalam kelas aku sebab diorang bising. Lepas aku tengking, budak2 semua senyap nak mampus. Takde sepatah haram perkataan keluar. Cikgu nak ajar ABC pun payah. Cam ajar ABC kat mayat. Takde respon.

4)Jadi ketika aku umur 6 tahun, walaupun aku bukan ketua kelas time tu, aku secara tak langsung menjadi ketua kelas tak rasmi, ala ala Lord Voldermort. Ketua kelas untuk kelas aku tu aku "cucuk hidung" dia untuk ikut telunjuk aku. Pasal suruh budak2 senyap, suruh diorang beratur sebelum pegi kantin, semua aku buat. Tugas ketua kelas aku time tu bagi salam je. Dasar pemerintah tak guna.

5) Time umur 6 tahun, Cikgu kelas aku, cikgu Rohaya memang best. Aku tak tahu berapa kali aku terberak dalam seluar time kelas dia, tapi dia tetap cucikan bontot aku ngan penuh dedikasi.

6) Aku time darjah 2, aku pernah dapat nombor 3 time periksa akhir tahun. tapi cikgu kelas aku kata orang nombor 1 je dapat hadiah. Jadi aku tak pergi majlis penyampaian hadiah. Last last cikgu bahasa malaysia aku tanya kenapa tak datang amek hadiah. Aku cakap cikgu kelas aku kata orang nombor satu je dapat. Last2 dia bagitau actually hadiah untuk nombor satu sampai tiga. Aku sampai sekarang benci dengan cikgu tu. Aku berdendam. Sebab dia, aku tak dapat kotak pensel ngan buku cerita Aladdin.

7)Time aku darjah 2, aku nak sangat jadi ketua kelas. Gila pangkat kan aku? Tapi jawatan tu dapat kat seorang budak pempuan yang garang gila. Lagi garang dari aku. Nama dia Juliatie. Sebab aku jeles tak dapat jawatan tu, aku selalu bagi masalah kat dia. Pernah sekali dia menangis sebab aku taknak ikut cakap dia. Tapi aku rasa bersalah sangat time tu. Pastu bila tengok dia menangis, kiut la jugak time dia menangis. Dia first crush aku time tu.

8) Time aku darjah 2, Nazim, abang sulung aku yang belajar kat US dah grad, so dia balik Malaysia. Dia sampai Malaysia ngan buku chess satu kotak besar nak mampus. Satu para dedicated untuk OPENING je. belum masuk middle game ngan endgame. Memang gila chess abang aku. Pastu dia ajar aku ngan adik aku, Hafiz. Memang terer la abang aku ajar budak kecik. Sabar je dia layan aku ngan adik aku. Time tu aku selalu menang lawan Hafiz. Tapi nak jadi cerita, Kelab Disney Malaysia time tu tetiba cerita pasal Blitz Chess. Blitz chess ni lawan chess laju nak mampus, sampai kadang2 satu match 2 minit je dah setel. Aku terikut2 ngan syle tu, sampai terabur abis aku jalan. Jadi selepas daripada tu, aku selalu kalah ngan dia. So aku tinggalkan Chess. Hafiz pulak jadi terer gila. dari darjah 5, dia dah jadi wakil sekolah untuk chess competition untuk sampai daerah. Bila dia Form 5, dia jadi wakil Terengganu. Bila aku masuk Pre Degree Tesl baru aku terkial kial nak belajar balik.

9) Aku dulu kurus gila. Sumpah aku tak tipu. time aku darjah satu berat aku 28 kilo je. Hafiz gemuk time tu. Aku selalu ejek2 dia sebab dia gemuk. tapi skang dah reverse. Aku gemuk dia kurus. Dia pulak ejek2 aku. Dia jadi kurus sebab crash diet ala2 Gung Ho. Satu hari setengah pinggan je nasik. Mak bapak aku pening kepala nak suruh dia makan. Salah satu usaha diorang, bagi makan vitamin Appeton yg ada lysine tu. Lysine tu tugas dia menambah selera makan. Tapi masalahnya vitamin tu pun dia tak makan. Dia bagi aku. Aku bedal je la. Last aku jadi gemuk gila, dia jadi kurus gila. Pandai je dia sabotaj aku.

10) Masih lagi cerita pasal Hafiz, Dulu aku time darjah 2 selalu buli dia sampai menangis. Menangis je tau la suara sapa. Tapi pernah satu hari tu, dia stay up sampai pukul 2 pagi nak tengok cerita Kungfu mabuk Jackie Chan punya pasal. Esok nya dia pulak buli aku. Aku ketuk kepala dia, dia bagi aku Hikmat Telapak Tangan Tanpa Bayang kat muka aku...... Mampu ko nak lawan?

That's as much as I can remember. God, I wish I could be a child again.

Ok, enough reminiscing about childhood, let's get back to here and now. Shit. Gotta study for Multicultural counseling test tomorrow. Test will be at 8.30. Damn, I'm screwed.

6 comments:

Azie Nazri said...

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHA

HEROICzero said...

Adalah sangat berdosa bagi kamu untuk membuka aib sendiri...

Diyana said...

Hahahahahahhahhahahhahahhahahhahahahahhahahhahahahhahahahhahahahhahahahhahahhahhahahhahhahahahahahhahahahahaha!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Memories you best. Me pulak, memories pasal skirt kena angkat oleh classmates ngan platisin terkena pinggan tu ada lah. Now you know why I rarely wear skirts and now, kalau nasi campur sup and kicap, I terus takde selera (ni semua cucu head mistress tadika tu punya pasal lah!).

axer713 said...

giler ah memori ko...

x leh blah btol...

hahahha...

dasar buruk perangai...

tapi safwan, ko kate kcik2 ko garang. tapi nape time menengah ko slalu dibuli lak...???

safwan said...

sebab time skola rendah aku takde kawan sbb aku garang. so aku jadi penyabar. tapi aku sabar sangat sampai kena pijak

kekda said...

aydanorhidayah likes this.