Lepas aku tulis post tu, aku dapat rasakan market aku serius jatuh merudum. Gadis gadis dah semakin avoid aku. Oh kamon... Nasib baik aku bagitau sikit sikit je. kalo aku list satu satu semua sebab-sebab tu aku rasa satu hari nanti besar kemungkinan sama ada aku mampus tanpa bini atau aku mampus tinggalkan partner in crime.
Jadi untuk menebus balik market aku yang dah tak stabil macam ekonomi Amerika Syarikat ni, aku akan bagitau korang kenapa kau patut consider supaya aku jadi boyfren kau.
1. Aku setia gila babi.
"Safwan, macam mana kau cakap kau boleh setia sedangkan kau tak pernah ada history in relationship dengan sapa2 untuk buktikan kau ni setia macam mana?"
Good point.
Tapi aku kena rejek dah enam kali weh. Dan sepanjang tempoh courting berbulan bulan dengan keenam enam skandal skandal ni, aku tak pernah usha pempuan lain. Persetankan perempuan lalu depan aku tu pakai baju dedah buah dada. Persetankan pempuan lain kiut dan moe macam mana pun, bekas skandal aku sentiasa di hati. err..... Maksud aku gadis yang aku suka ketika tu sentiasa di hati la. Bila dah gagal baru hati terbuka nak scan.
2. Aku suka buat kau senyum.
Korang mesti tau kan, ketawa tu best. Sebab tu aku seboleh boleh nak bagi potential girlfriend aku ketawa. Tapi apa yang berlakunya lawak aku selalu tak menjadi. Tapi effort tu tetap ada.
3. Aku boleh jadi wise macam orang dah hidup 100 tahun.
Eh, even orang 100 tahun pun dah nyanyuk dah. Errr.... Wise macam Albus Dumbledore kot.
Walaupun aku ni agak ting tong dan kebudak budakan, tapi aku rasa bila tiba masa aku perlu jadi serius, aku boleh jadi serius. Tak caya tanya Nik Nurul Ain. [Tiba tiba aku petik nama kau. haha.] Tapi aku tak tahu kenapa, aku lagi prefer orang tengok aku ting tong. Low profile kaedahnye y'all..
4. Aku akan letakkan bakal girlfriend aku di tangga ke 3 priority aku.
"No 3? Awat jauh sangat? Awat tak no 1?"
Sebab No 1 tu tanggungjawab aku kepada agama. Walaupun aku ni tak berapa sempurna mana, aku tetap cuba baiki mana yang kurang. No 2 tu pada keluarga. Mak ngan bapak aku. No 3 tu baru la bakal girlfriend aku. Untuk aku sendiri aku letak no 4. Aku hujung2 sikit pun takpe lah. Dah sayang kot. Nak buat macam mana? :P
5. Aku boleh masak.
Jadi tak kisah lah kau tak reti siang ikan, potong daging, goreng ayam. Aku boleh hidup kalau kau tak masak.
Tapi kau kena terima la hakikat aku bole masak simple2 je. Spageti, pizza, spageti alfredo buat sendiri, sardin, goreng sayur, jemput2, dan macam2 lagi lah. Asal aku tau resipi dia insyaAllah jadi la kot... Boleh la ditelan....
Cuma sebab utama aku malas masak ialah aku kena basuh pulak alat2 masak aku. Jadi kalau kau tak kesah basuh pinggan, periuk, sudip, sudu suma tu lepas makan aku rajin je nak masak. Jadi Aziz, kau tak boleh salahkan aku sebab tak pernah masak untuk housemate2. haha. Lagipun kau masak lagi sedap kot.
Orang boleh masak ni romantik gila kot. Mana la tau tetiba tengah2 makan tu aku taruk cincin ke apa ke.
Eh ini macam sebab kau kena consider untuk jadi suami je, bukan boyfriend. Ah tak kesah lah. Satu konsep.
6. Aku tak pernah ada girlfriend.
Nampak macam remeh je sebab ni kan? tapi sebab ni la sebab utama kau kena consider.
Perasaan cinta ni pada pendapat aku ibarat macam kentut. Makin lama kau simpan cinta tu, makin kau sayang kat dia. Makin lama kau peram, makin kuat dia letup. Jadi bayangkan je la aku yang still single dari lahir ni punya peram perasaan ingin mencintai ni kuat macam mana. Cuma takde output je nak salurkan kat siapa. Jadi kalau kau bercouple-an ngan aku, bersiap sedialah untuk menerima letupan kentut cinta paling power.
Errrrr....... macam salah je bunyi dia.....
Tu dia. Tak turned on bila kau baca benda ni? Jadi gadis gadis sekalian, tunggu apa lagi?