So mungkin ramai yang dah tahu aku sambung belajar. Tapi hasil pengamatan aku, tak ramai pun tahu aku amek course amende.
Eh la.... pilunya la hai hatiku.
Aku amek Master in Educational Psychology.. tapi ada plan nak tukar course, ke Master in Education TESL.
sebab apa aku nak tukar?
hmmm itu biarlah rahsia. hari ni aku nak kabor dugaan dugaan sebagai orang yang sambung belajar bila kawan kawan semua tak sambung.
1) Takde duit.
Sebab aku sambung belajar pakai duit mak bapak, duduk pun dekat rumah kakak, kerja pun tak, jadi sumber kewangan aku memang dari mak bapak. Jadinya, nak makan sesedap, mahal mahal, memang tak la. kalau orang belanja, baru lah merasa. kalau tak, heh. nasik goreng je la makanan malam. tengah hari dengan breakfast, masak sendiri. itu pun bahan masak macam telur, meggi, sayur, burger, kakak aku yang belikan. aku tinggal masak je. sedih tak? sedih tak?
Dan nak bukak facebook pun jadi satu hal. Aku bukak facebook je, mesti ada member2 upload gambar tengah naik moto besor diorang, beli kereta baru, upgrade henset tu henset ni.... pegi bercuti kat oversea...
aku telan air liur je la tengok.
2) kesunyian
Aku sekarang ni cuba pujuk diri jangan jeles bila tengok kawan kawan semua dah kahwin, dah ada zuriat. Bahagia sungguh aku nampak dari diorang. Serius rasa nak kahwin jugak tu memang tinggi gila. Bukan tak sayang, benci jauh sekali. tapi macam mana nak kahwin kalau nafkah tak mampu bagi? Bila orang yang sambung belajar full time macam aku ni, masa bila je nak kerja cari duit nak tanggung bini?
Dan soalan soalan celaka berbunyi "Si X dah kahwin, Si Y dah anak lapan belas serupa macam team bola sepak america. Kau pulak bila?" ni memang senantiasa akan datang dari mulut mulut puaka yang tak reti reti nak faham bahawa laluan hidup seseorang ni lain. Kau tak lalu apa yang aku lalu, jadi better kau senyap, dan jangan compare aku dengan sesiapa.
3) Belajar
Aku dulu degree uitm, sambung belajar kat uia. Sah sah environment lain, sistem pun lain.
tahap kesukaran dia pun sah sah la lain. kalau dulu time degree boleh la lagi nak huha huha jimba jimba. time master boleh jugak, cuma nanti sakit la time datang kelas. Time lecturer tanya, student bagi jawapan, dia tanya balik, "ha itu scholar mana yang cakap tu?"
untuk salah satu kelas aku, assessment dia 100% final exam. Masa lecturer aku kabor, aku ingat dia melawak je. sekali dia serius. dafuq kau 100% final. Dah la subjek philosophy. payah, natang!
**********************************
Inilah antara dugaan dugaan yang aku kena lalu time nak sambung belajar. Ada lagi kot, cuma dah malas nak tulis. haha
Nak sambung belajar ni, payah juga sebenarnya. tapi yang payah ni la selalunya akan buat kita jadi puas.
Puas macam orang yang tengah jogging, keluar peluh macam mandi, last last dapat badan yang sihat.
Puas macam orang yang tengah cari rezeki. Penat mengadap meeting, bos, kerja, klien, cukup bulan tengok akaun bank, hilang penat.
Harapnya Allah kurniakan aku kesabaran untuk mengharungi semua ni, sebab aku yakin aku akan puas lepas aku pegang skrol time konvo nanti, insyaallah.
Tuesday, July 2, 2013
aku adik yang cheeky
Aku ni suka masak.
Masalahnya, aku tak suka basuh periuk, pinggan yang aku dah pakai.
jadi apa yang berlaku, selalu lah benda-benda tu ditinggalkan sewenang wenangnya atas sinki dapur.
Harus lah kakak aku tension. Dia balik kerja je, mesti ada periuk aku dah pakai tadi tak basuh.
Harus lah dia membebel.
*****************
Nak dijadikan cerita, dia balik kerja.
"Damn, lupa basuh pinggan." Serta merta aku pause main Dota, berlari ke dapur, basuh.
Kakak aku nampak aku baru nak basuh pinggan.
"Ha! Baru nak basuh! Nak tunggu orang membebel dulu baru nak basuh!"
"Mung dok membebel lagi, boo!"
Dush!
Kena sekeh.
"Hamek! Buat la lagi gini. Orang sekeh lagi kepala mu!"
***********************
Esoknya, aku tak basuh dua periuk, dua pinggan, dua cawan, tiga sudu.
Heh.
Subscribe to:
Posts (Atom)