Kena reject lettew.
haha.
So aku taruk je la cerpen tu dalam blog aku.
sila tunjuk ajar ye?
____________________________________________________________________________
Pelik.
Hari Isnin.
Satu petang yang biasa dengan cuaca biasa, suhu yang biasa, dan kelembapan yang biasa.
Biasanya petang Isninlah guru guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kasukabe Daerah Saitama, Selangor mengadakan mesyuarat mingguan. Yang ada dalam mesyuarat ini, semua muka - muka biasalah. Pengetua, Penolong – penolong Kanan, Ketua – ketua panitia, Guru – guru bidang, Guru – guru pakar, dan guru – guru biasa.
Tapi petang Isnin 3 Oktober 2011, ada sesuatu yang luar biasa berlaku, di mana ada guru Ketua Panitia Bahasa dan Kemanusiaan baru, iaitu Encik Razak Razali bin Rosli Ramli yang menggantikan Puan Rosnah. Untung Puan Rosnah. Dapat je simpan duit RM 20 juta terus berhenti jadi cikgu.
Tapi tak seorang pun sangka Encik Razak Razali ini dapat jadi Ketua Panitia. Sebab cikgu – cikgu SMK Seri Kasukabe tahu Encik Razak Razali bin Rosli Ramli ini pelik sikit orangnya.
Pengetua : Jadi cikgu - cikgu sekalian, kita dah sampai ke bulan Oktober. Seperti yang kita tahu, bulan Oktober ialah Bulan Bahasa Kebangsaan. Jadi kita kena lah buat aktiviti sikit untuk menghidupkan bulan ni dan sekaligus memartabatkan bahasa Malaysia kita. Jadi Cikgu Razak, apa cikgu bakal buat ya?
Encik Razak : Oh. Erm… Untuk bulan bahasa ni, saya nak usulkan kita buat pertandingan – pertandingan seperti pertandingan berbalas pantun, deklamasi sajak dan pertandingan Sketsa Sepuluh Minit.
Pengetua : Oh bagus. Ada sokongan?
Encik Razak : Saya menyokong seratus peratus usul saya.
(pengetua terkesima.)
Pengetua : Err…. Kita abaikan je lah agenda tadi. Baiklah… kita ke agenda seterusnya. Kita bernasib baik sebab Calon Wakil Rakyat Bebas Daerah Saitama yang menang Sehati Berdansa semalam jadi johan. Sepuluh ribu ringgit kita dapat sebab dia murah hati nak derma kepada sekolah kita. Jadi Sepuluh ribu ni kita nak buat apa ya?
Encik Razak : Saya cadangkan kita upgrade perpustakaan sekolah kita, tuan pengetua. Dengan sepuluh ribu, saya rasa cukup untuk kita buat sistem automasi untuk urusan pinjaman dan pemulangan buku. Senang kerja budak budak pustakawan kita. Duit yang lebih tu kita guna lah untuk beli buku buku baru.
Pengetua : Bagus juga cadangan Encik Razak. Ada sokongan cikgu cikgu semua?
Encik Razak : Cadangan paling bernas tu cikgu. Saya sokong cadangan saya sendiri.
*********
Pelikkan Encik Razak Razali bin Rosli Ramli?
Dia memang suka sokong cadangan dia sendiri.
Dia sama pelik macam orang yang update status dekat facebook lepas tu like status dia sendiri.
Pelik.
4 comments:
nampaknya ada pengaruh Shin Chan di situ. keh3x...
shin chan itu sangat kiut.
lawak ye.hahaha sarkasis tak cukup sarkasis lettew. heh
OMG! bear! u make me laugh again! hahaha!
Post a Comment