Friday, August 19, 2011

Tanda tanda kau dah takde makna dalam hidup seseorang.

Oh hai. Apa khabar anda di sana? Sihat sejahtera?


Maka untuk santapan merepek hari ni dikala bulan puasa, tanda2 kau dah takde makna dalam hidup seseorang.


Jangan risau. Santapan merepek macam ni tak batal puasa, unless kau baca blog aku sambil korek hidung. dan makan. eewww.

Lantas, apakah tanda2 yang kita dah takde makna dalam hidup seseorang? Ayuh kita kaji.


(wah. entry style Ijaicool la pulak. Tapi takpe. Isi tak plagiarize. Sebab dia tak tulis lagi benda ni. Kot.)


1. Orang tu dah lama tak contact kau.


This is a no brainer. Aku rasa kau mesti dah expect benda ni, kan? ye lah. Once kau dah takde makna dalam hidup dia, dia takde sebab pun nak contact kau.


Kalau ada pun usaha murni nak merapatkan silaturrahim tu, semua kau yang buat. Kau lah yang dok terhegeh-hegeh post kat wall facebook orang tu, kaulah yang dok message, kau yang call.


Dia cuma goyang telur je tengok kau cuba contact dia.


Rindu pun tak, nak contact buat apa.


2. Bila di contact, dia tanya sebab apa.

Sebagai contoh perbualan yang mungkin akan timbul, (kalau kau terpengaruh dengan niggarism)


di dalam text message


Person A: Wazzzzzaaaaaaapppppp nigga! lama tak dengar cerita kau doh. sihat?


Person B: Am good son. hoho. Kenapa weh?



Nampak macam takde apa apa. Kau mungkin betul. Tapi pada aku, tak perlu pun dia tanya purpose kenapa kau contact dia, betul tak? I mean, benda tu, once dah habis conversation tu, the purpose will ultimately become clear.

sama ada nak ajak lepak, nak tanya khabar, nak buang masa, nak cerita masalah, nak eksyen gaji naik, dapat isteri, isteri bersalin, etc.


Bila orang tanya purpose kenapa aku kontact dia, aku selalu rasa macam dia sebenarnya tak mau aku contact dia. Macam nak cut short conversation tu, betul tak?


Sekali dua, perhaps ok. Maybe dia busy ke apa ke. Make a note la jangan contact dia time yang sama. Tapi kalau everytime kau contact dia dok busy 24 jam, agak agak la.


3. Call kau hanya bila certain conditions timbul.

Itu ayat yang aku dah sugarcoat. Ayat sebenarnya "call kau bila nak mintak kau tolong dia." Pinjam duit lah, problem family lah, problem pakwe makwe lah, stranded tepi jalan sebab minyak kereta habis lah, macam macam. Time problem ada, reti pulak nak mencari so-called "best friend".


Dalam kes ni, kau sangat bermakna dalam hidup dia. Tapi makna kau dalam hidup dia cumalah doormat. Lepas dia tenyeh tenyeh daki kaki dia atas kepala kau, tengok je kaki dia dah bersih, terus dia kembali lupakan kau. Padahal punya la meraung raung, macam nak mati esok pagi time cerita masalah tu. Bila setel je problem tu esok pagi, terima kasih pun tak. Sedar2 kau kena silent treatment. Le ffffuuuu.



4. Dia semakin banyak bahan kau.


Bahan ni macam kutuk2 manja la. korang tau kan?


Mungkin kau fikir:


"Safwan, apsal pulak dia bahan aku pun tu sign aku dah takde makna dalam hidup dia? standard la bahan semua tu."




On any other day I would have agreed with you, man. Seriously, I would. But consider la the fact yang dia dah lama nak mampus tak contact kau, bila kau contact dia je, dia super busy, and dia langsung takde nak buat effort untuk contact kau, and bila dapat je contact, dia bahan kau at every possible chance dia dapat. Pastu dah bahan kau baik punya kaw kaw ho liao, tak sampai 3 minit borak dia kata tetiba ada emergency apa apa, and dia kata nak contact kau balik tapi langsung tak contact. And it happens every single time without fail.


Tak nampak macam dia nak mencari salah kau ke? Pada hemat aku, nampak macam dia nak cari sebab sebab untuk mengukuhkan keputusan dia untuk buang kau dari hidup dia. Ye lah. Kalau nak bahan mesti la kena cari point dulu, ye tak? Jadi kesimpulannya kat sini, aku berpendapat bahawa bahan tu adalah indicator yang dia tgh judge kau.


Tapi aku harus cakap dekat sini. Untuk ciri yang ni, depends jugak kot on the personality dia. kalau dia memang jenis mulut longkang takde insuran, takpe lah. Yang menjadi persoalan kat sini ni ialah yang masa mula-mula rapat takde nak bahan2, last2 dia tukar sifat, jadi mulut laser kalah mulut budak budak PLU. Type bahan yang dia guna untuk bahan kau pun kena tengok jugak.

Kalau bahan tu macam setakat:

contoh:

"kau ingat tak yang kau kantoi ngan aku tak puasa? good times. Orang lain pun tak puasa jugak, tapi tutup la aircond kereta tu kalau makan! abis melekat bau kat baju. hahahaha" ok la kot.


Tapi kalau bahan dia ada tone accusatory macam:

"Kau kantoi tak puasa? Ah kau memang. tak pernah berubah dari dulu tak pernah puasa. ntah2 kau kafir kot?".

Agak agak la kawan.


****************************



Aku harus point out dekat sini, even though semua tanda tanda kat atas ni mungkin ada, tak semestinya dia tu memang tengah nak buang kau dalam hidup dia. Aku cadangkan kalau terjadi situasi kat atas, kita try tanya dengan penuh hemah. Orang kaunseling cakap confrontation.


Mula mula nak confront tu memang serius shit akan rasa janggal nak mampus. Tapi once you get the ball rolling, aku rasa benda tu akan jadi healthy in the long run. Memang sakit time confront tu, tapi kau akan lebih prepared untuk either move on, repair the relationship or apa apa yang patut depends on hasil confrontation kau. (cakap memang la. aku nak confront orang pun tak berani. tapi still aku rasa benda ni perlu)


And kalau terbukti yang sebenarnya kau dah takde makna dalam hidup dia, dan dia pun terang terang cakap camtu kat kau, aku rasa better kau move on je dengan hidup kau. Abaikan je yang dah berlaku. Kalau kau nak pahala extra kau doakan je lah dia yang baik2. Doakan la dia happy dengan decision dia, doakan segalanya dipermudahkan untuk kau dan dia. Itu lagi baikkan dari dok carut marut segala mala? Terbang terus pahala puasa kau nanti. Dah la baca blog aku yang merepek ni. Sah sah takde pahala kat sini.




Jadi rakan rakan sekalian, ini lah yang aku rasa tanda tanda kau dah takde makna dalam hidup seseorang. Opinion aku je ni. kalau tak setuju pun aku tak kesah. Kalau rasa ada benda untuk ditambah, tambah je la kat komen. Nak maki hamun kata point aku tak betul pun tulis la. Kita kaji sama sama. Ok?


Selamat berpuasa.


9 comments:

Ibrahim Ismail said...

When you know you have no significance but you aren't capable to move on, what should you do?

safwan said...

ntah la weh..

let time do its thing, i guess?

Anonymous said...

bila aku terbaca ni, aku teringat sesuatu. dan aku terasa sayu...

:'(





-saya anon-

safwan said...

anon,

sayu kenapa?


(macam konfiden je aku yg ko akan baca aku reply komen kau. haha.)

Muhammad Abd. Hamid said...

kalau nak diikutkan, emir yg selalu bahan aku. LOL :P

tp x lama dulu pernah aku kena confront salah seorang member skolah lama aku. dan aku nmpk beberapa petanda. akhirnya aku...singkirkan diri sendiri. :)

safwan said...

azli, emir tu memang. mulut longkang. hahaa

sapa sapa? ce cite ce cite

Muhammad Abd. Hamid said...

adalah...budak sama skolah menengah dulu. sama kelas masa form 3. pompuan. hehe.

ah aku xleh bgtau byk2. nanti ko boleh teka siapa. :P

safwan said...

form 3? perempuan? hmmmm~

N.A.M? hahahaha

Muhammad Abd. Hamid said...

tekaan anda tepat kali ini.

dan, ada kaitan dgn peristiwa fb aku kena hack kawkaw tahun lepas. -_-'