Writing anxity tu tajuk research proposal aku. Mungkin tukar, mungkin tak tukar.
Submit esok ok.
Tapi baru buat setakat research problem statement. suku chapter 1. Lagi 3 chapter, baru setel. Nasib baik takyah construct questionnaire. Ambik yang dah buat.
Cam haram kan?
And the cherry on top of the icing is that my lecturer wants to see chapter 1 by 4 o' clock.
TODAY.
Real brilliant kan Safwan?
Tapi yang suweynya, tengah2 anxious nak buat benda alah ni tetiba ilham lain datang. Bodoh betul.
Baca je la poem kat bawah.
******************************
Aku tak perlukan teman wanita.
Aku tak perlukan kata-kata manja.
Tak perlu aku tahu aku disayangi setinggi mana.
Tak peduli pun aku tentang betapa rindunya si dia,
merepek itu semua.
Duniawi semata.
Tak kuasa aku jaga hatinya.
Tak guna aku setia padanya.
Tak ingin bebasnya aku dipenjara.
Buang masa, buang duit bermain permainan cinta.
Haish....
Tapi kan Safwan,
Tak perlu diri sendiri di tipu...
Sebenarnya dalam hati, aku ingin rasa di rindu
Aku perlu ingin diperlu
Kadangkala teringin dipanggil
"OH KEKANDA!"Mungkin keluar sama - sama bila ada masa.Hai...
Cinta oh cinta..
Tak hidup aku dengan kau,
Tak hidup aku tanpa kau.